loading...
  • Breaking News

    Wednesday, October 19, 2022

    'Beg beroda tak sesuai untuk pelajar di sekolah bertingkat' - Public Health kongsi tips pilih beg sekolah, elak beban beg berat



    Isu beg sekolah pelajar yang berat sudah lama menjadi perbincangan di kalangan ibu bapa dan guru, seolah-olah masalah itu tidak pernah selesai. Ini kerana, kurangnya tindakan dari pihak yang bertanggungjawab. 


    Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin baru-baru ini berkata, isu beg sekolah pelajar telah diselesaikan dengan menyediakan 'lokar' di setiap sekolah secara berperingkat. 


    16 Oktober lalu, Public Health Malaysia (PHM) berkongsi tips pemilihan beg sekolah yang baik untuk pelajar bagi mengelakkan beban yang dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan pelajar.


    Public Health berkata, pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan pelajar mengalami sakit tengkuk, sakit belakang dan mengalami masalah-masalah tulang belakang lain seperti skoliosis dan kyphosis. 


    "Elakkan membeli beg yang memiliki aksesori berlebihan bagi mengelakkan beban bertambah. Jika sekolah mempunyai beberapa aras dan mempunyai permukaan tidak rata, beg beroda kurang sesuai. 


    "Jangan membeli kotak pensel, bekas air, alat tulis dan aksesori yang besar dan berat. Jangan terpengaruh dengan jenama dan rekabentuk. 


    "Jangan  menggalas beg dengan satu penyandang. Beban yang tidak seimbang kepada satu bahagian badan boleh mengakibatkan tulang belakang membengkok. 


    "Jangan tetapkan penyandang beg terlalu longgar sehingga beg melondeh ke pinggul. Jangan biarkan beg berhayun apabila berjalan," katanya. 



    Bagaimanapun, netizen berpendapat ciri-ciri beg yang dinyatakan itu kebiasaannya mahal dan tidak ramai yang mampu membelinya. 


    Selain itu, masalah beg berat bukan pada jenis atau jenama. Sebalik, pihak yang menentukan jadual kelas sepatutnya bijak membuat ketetapan jadual harian agar tidak semua buku disumbat dalam satu beg. 


    "Ciri-ciri beg yang dinyatakan biasanya datang dengan harga yang mahal dan tak semua orang mampu. Bukan beg yang menjadi isu sebab boleh dipilih mengikut kemampuan. Tetapi silibus yang ditetapkan terpaksa akur oleh murid dan ibu bapa, sebab tak boleh dipilih-pilih," kata Wana Musa. 


    "Satu subjek ada bermacam-macam buku. Contohnya BM kena ada buku teks, buku komsas, buku nota komsas, buku latihan untuk komsas, buku latihan untuk karangan, buku kerja, buku latih tubi dan entah apa-apa lagi. 


    "Sedangkan kami pada tahun 90-an hanya bawa buku teks, buku kerja dan buku latihan saja untuk satu subjek. Sangat jelas isu beg berat bukan disebabkan botol air atau aksesori seperti yang dikatakan," kata Linda. 


    "Kami sebagai ibu bapa dah membeli beg yang tepat, tetapi beban isi dalam beg itu bukan satu pilihan," kata Fazli. 


    Sumber: Facebook Public Health Malaysia



    from The Reporter https://ift.tt/giM6JPr
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment