Seorang guru yang sering berkongsi ilmu dan hal-hal mengenai sekolah/pendidikan, hari ini menerima surat tindakan tatatertib dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya kerana dia mengeluarkan beberapa kenyataan yang dianggap telah melanggar tatakelakuan dan memboleh dia dikenakan tindakan tatatertib sama ada dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
Berdasarkan gambar, surat itu dikeluarkan pada 22 September lalu yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Tataterib menjelaskan Mohd Fadli Salleh sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, patut dikenakan tindakan tatatertib atas tiga pertuduhan.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Fadli telah membuat hantaran di media sosial pada 26 November 2021 berhubung jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.
"Nahhhh. 15 subjek mereka belajar. Maka tak hairan beg murid penuh dengan buku. Dah la silibus setiap satu melangit tinggi sampai murid nak faham pun susah, cikgu nak memberi faham pun berpeluh."
Untuk pertuduhan kedua, Mohd Fadli telah memuat naik hantaran di platform yang sama pada 30 November 2021 mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun 1 di sekolah rendah.
"Budak umur 7 tahun dah nak disumbat macam-macam ilmu yang tinggi dan padat. Lepas tu asyik tanya kenapa anak-anak tak suka ke sekolah.
"Dah silibus korang buat macam nak suruh budak tu jadi sasterawan negara terus bila tamat sekolah rendah.
"Kesian anak-anak kita. Mereka macam tikus makmal dan diperlaku bagai robot tiada perasaan untuk puaskan hati orang atasan dan agar KPI orang di kayangan tercapai".
Pertuduhan ketiga, Mohd Fadli pada 29 November 2021 dalam sesi Facebook live mengatakan banyak silibus mengarut diajar di sekolah.
"Banyak silibus yang mengarut pada saya memang mengarut silibus syok sendiri."
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Mohd Fadli ditafsirkan telah melanggar Peraturan 19(1)(c) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan kini memberi tempoh selama 21 hari kepada Mohd Fadli untuk mengemukakan representasinya dan jika gagal berbuat demikian, Mohd Fadli dianggap tidak mahu membela diri dan tindakan akan dikenakan berdasarkan keterangan yang sedia ada.
Bagaimanapun, Mohd Fadli meluahkan rasa kesalnya dan menjelaskan tindakan yang bakal dikenakan terhadap dirinya itu adalah tidak masuk akal. Sedangkan dia bukanlah kakitangan yang bermasalah, apatah lagi prestasi tahunannya sentiasa melebihi 90 peratus.
"Jadi soalnya kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran? Mereka tak boleh dengar kebenaran, mereka tak boleh dengar luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek dan puji-puja sahaja.
"Saya berkata jujur tetang apa sampai nak kena buang kerja tu? Saya bercakap tentang beg berat bahaya pada anak-anak kita, silibus tinggi dan padat (syok sendiri), bilangan murid yang ramai dalam kelas, subjek yang banyak murid belajar, masa belajar untuk subjek terasa terutamanya matematik tidak mencukupi dan ada 'Little Napolean' dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak," katanya.
Anak-anak yang bawa beg berat sebeginilah yang saya perjuangkan nasib mereka. - Mohd Fadli Salleh |
Difahamkan, Mohd Fadli sudah pernah membuat aduan mengenai perkara-perkara itu melalui saluran yang betul. Malangnya tiada sebarang perubahan, malah semakin menyusahkan.
Dalam masa sama, Mohd Fadli menegaskan dia sanggup mengambil risiko untuk membawa kes itu ke mahkamah bagi mempertahankan tindakannya selama ini yang disifatkan mewakili golongan warga pendidik lain selama ini tidak berani tampil bersuara mengenai masalah sistem penddikan negara.
"Saya ambil risiko dibuang kerja, saya korek tabung simpanan hire lawyer nak fight kes ini sampai akhir. Jika ditakdirkan kes saya ini kalah di mahkamah, saya akan buat rayuan di mahkamah tinggi untuk fight lagi.
"Buat 'Little Napolean' dan dinosaur kat atas sana, saya pesanku. Penjinak singa hanya mampu membuatkan singa patuh dengan kayu tas dan rotannya. Namun sebaik-baik singa tidak lagi takut akan rotan dan kayu tas itu, penjinaklah harus takut akan singa," katanya.
Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh
from The Reporter https://ift.tt/v13a7Cy
via IFTTT
No comments:
Post a Comment