loading...
  • Breaking News

    Sunday, October 9, 2022

    Wanita maut, stereng kereta tiba-tiba tersekat lalu terbabas melanggar pokok



    Seorang wanita berusia 29 tahun dilaporkan maut selepas kereta yang dipandu suaminya berusia 43 tahun terbabit dalam kemalangan di Persiaran Raja Muda, Seksyen 6, Shah Alam, semalam. 


    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 3.11 petang. 


    "Siasatan awal mendapati, suami mangsa yang memandu dari bulatan Bestari menghala ke bulatan Mestika mendakwa, stereng kenderaannya tiba-tiba tersekat menyebabkan dia gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan. 


    "Wanita berkenaan maut di tempat kejadian, manakala pemandu bersama anaknya berusia dua tahun lapan bulan mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan," katanya. 


    Mayat mangsa juga dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat. 


    Polis meminta orang awam yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/eRi3LMq
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment