Twitter syarikat konsesi lebuhraya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) mendapat perhatian netizen susulan tindakannya mendedahkan gambar kenderaan pengguna yang culas membayar tol berjaya ditahan.
Terbaru pada 15 Oktober, Twitter Prolintas memuat naik gambar kereta Honda City yang ditahan di Lebuhraya Kajang SILK kereana didapati tidak membayar tol sebanyak 59 kali dengan tunggakan RM256.20.
"Lagi pemandu culas bayar tol ditahan! Kali ini, pemandu kereta Honda pula kantoi selepas 59 kali terlepas bayar tol dengan tunggakan bayaran sejumlah RM256.20 termasuk caj pentadbiran," katanya,
Disebabkan tiada pilihan, pemandu terbabit terpaksa membayar amaun kerugian itu serta-merta sebelum dibenarkan melalui plaza tol tersebut.
Prolintas turut memberi pesanan kepada semua pengguna lebuhraya untuk tidak melakukan perbuatan seperti itu ada berdepan dengan tindakan tegas.
"Pesanan untuk semua, jangan cuba elak bayar tol tau! Buat malu geng pakai 'H' je. Kami akan membuat operasi untuk mengesan pengguna-pengguna yang culas membayar tol," katanya.
Kali ini, pemandu kereta Honda pula kantoi selepas 59 kali terlepas bayar tol, dgn tunggakan bayaran sejumlah RM256.20 termasuk caj pentadbiran.
— PROLINTAS Kajang SILK (@SILKHighway) October 15, 2022
Kejadian berlaku mlm tadi di Lebuhraya Kajang SILK. Amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama oleh si pelaku. #Kantoi pic.twitter.com/5ttTffmELR
Sementara itu, netizen kagum dengan tindakan pihak Prolintas. Tetapi, netizen turut menggesa pihak berkenaan mengenakan tindakan denda amaun lebih tinggi untuk memberi pengajaran kepada pelaku dan para pengguna lain.
"Kenapa tak kenakan denda yang lebih tinggi? Contohnya lima kali ganda atau 10 kali ganda dari nilai tunggakkan itu. Barulah pelaku akan sedar dan insaf. Ini bayar amaun yang sama dengan caj pentadbiran yang hanyalah beberapa ringgit sahaja," kata Abe Gosling.
"Hahahaha bro, kalau tak mampu naik sajalah motosikal tak perlu bayar tol. Boleh redah jem lagi. Cuma panas dan hujan je la kena sabar sikit. Atau jual Honda tu beli secondhand Axia, jimat," kata Dean.
"Orang macam ni patut kena penalti atau diheret ke mahkamah sebab dia buat sebanyak 59 kali tanpa rasa bersalah," kata Azlan.
Sumber: Twitter Prolintas Kajang SILK
from The Reporter https://ift.tt/FJwj5O8
via IFTTT
No comments:
Post a Comment