loading...
  • Breaking News

    Tuesday, October 18, 2022

    (Video) 'Sampai macam tu depa sanjung dia, makan udang pun orang tolong kopek kan?' - Netizen berdebat tentang pendakwah asing mengaku dirinya keturunan Nabi Muhammad



    Netizen di media sosial masih lagi berdebat mengenai kedatangan seorang pendakwah agama dari Morocco yang mengaku dirinya cicit Nabi Muhammad, berikutan tersebarnya beberapa gambar dan video lelaki itu dengan pelbagai posisi menimbulkan rasa curiga orang ramai. 


    Ahad lalu, seorang lelaki tampil mempertikaikan kesahihan dakwaan itu kerana berpandangan jika benar pendakwah itu adalah cicit Nabi Muhammad, apakah keperluannya orang ramai memujanya lebih dari sepatutnya. 


    "Wei seriously la sampai tahap macam tu yer depa sanjung dia like kau makan udang, ada orang tolong kopekkan? Like seriously? Aku ni jahil tang agama but melies ni junjung dia tahap macam tu eh?" kata Rulduff. 


    "Dia claim diri dia keturunan Nabi Muhammad. Cicit generasi ke-38 camtu. Masalahnya, orang memuja dia dari yang sepatutnya. Kalau betul pun dia keturunan Nabi, janganlah sampai macam tu. Kena ingat, iman ni tidak dapat diwarisi dan dia datang ke Malaysia dari Morocco hanya untuk berposing," katanya lagi. 








    Bagaimanapun ada individu yang tampil memberi teguran kepada Rulduff untuk tidak bersangka buruk, sebaliknya belajar untuk berfikiran positif. 


    "Maaflah nak tegur sesama kita sikit. Kenapa hati kita ni sangat saka pandang yang negatif? Persoalannya, adakah dia yang suruh orang kopek kulit udang untuk dia? Salahkah orang lain tolong kopekkan kulit udang? Tak dapat pahala ke bantu orang? Kita belajarlah menghormati sesama muslim. 


    "Cukup-cukuplah kita berfikiran negatif ni. Bersihkanlah hati kita dengan banyakkan istighfar dan dalamilah agama. Tak rugi pun kalau kita berdiam tatkala kita tak mampu berkata baik," kata Akhibaemshah. 




    Netizen tidak menafikan teguran itu ada benarnya, tetapi perasaan curiga dan ingin tahu yang menebal menjadikan persoalan dan pertikaikan itu masih berleluasa. 


    Ramai yang menuntut penjelasan dari pihak berkuasa agama kerana bimbang pemujaan terhadap pendakwah berkenaan yang keterlaluan akan menjadi tidak terkawal. 


    "Mufti-mufti dan ustaz-ustaz tak nak tampil komen ke? Janganlah pasal artis je korang duk komen. Ini tahap memuja dah ni. Syukur aku masih ada perasaan sangsi untuk orang-orang macam ni. Taat aku hanya pada Allah dan Rasul sahaja," kata Elle. 


    "Saya tak rasa pun dia keturunan Nabi Muhammad. Kalau betul pun dia keturunan nabi, korang fikir baik-baik apakah Nabi mahu diberi layanan seperti Tuhan? Bukan ke nabi the humblest person ever?" kata Adam Alewi. 




    Turut tersebar video yang menunjukkan Ebit Lew dan Asma' Harun bertemu dengan pendakwah asing itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menimbulkan pertanyaan netizen. 



    Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK) sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa, siasatan awal mereka mendapati lelaki terbabit pernah dikaitkan dengan beberapa isu dan kontroversi di Maghribi (Morocco). 




    Program majlis agama yang membabitkan lelaki itu di beberapa negeri turut dibatalkan jabatan agama Islam kerana penganjurannya tidak mendapat kebenaran dan lelaki itu tidak mempunyai tauliah untuk berbuat demikian. 


    Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad turut berpendapat individu yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi Muhammad hanya mahukan nama. 


    "Umat Islam sepatutnya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan dakwaan seperti itu. Kita yang mendengar cerita-cerita macam ini sebenarnya abaikan sahajalah. Apa-apa dakwaan mengatakan dirinya keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 


    "Sama ada dia keturunan nabi ke tak, kita ini pun semua keturunan Nabi Adam AS belaka. Jadi tak ada peliknya kalau ada dakwaan-dakwaan seperti itu. 


    "Maka tak perlulah kita terpengaruh sekali gus beri peluang kepada orang-orang ini sebab mereka hanya nak mencari nama, itu sahaja," katanya. 


    Sumber: Twitter Rulduff, Sinar Harian, Zac Zakirin, Dr Maslin



    from The Reporter https://ift.tt/Q8WsodJ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment