loading...
  • Breaking News

    Tuesday, October 11, 2022

    (Video) 'Anak Tan Sri berlumba, langgar diorang kemudian lari' - Anak orang kenamaan didakwa jadi punca kemalangan



    Ahad lalu, seorang pengguna Twitter mendakwa adiknya terbabit dalam kemalangan di lebuhraya pada jam 4.52 pagi di Kilometer 17.1, Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang. 


    "Adik aku terbabit dalam kemalangan di lebuhraya. Sekarang di Hospital Shah Alam. Nasib baik tak teruk, tapi kawan dia teruk. Anak Tan Sri berlumba dan langgar diorang. Aku baru je kehilangan seorang adik, takkan nak hilang seorang lagi kot? 



    "Selepas kemalangan itu, 13 kenderaan lain juga terbabit dalam kemalangan, melanggar kereta diorang. Gila, Porsche berluma dengan Range Rover. Anak Tan Sri itu mabuk, berlumba dan langgar Vios kawan adik aku itu dari tepi. 


    "Sekarang kawan adik aku tu, Irman, dalam dewan bedah. Ada pendarahan dalam otak dan tempurung kepala ada retak. Doakan dia ya. Harap saksi kejadian tampil membantu siasatan dan pastikan pelakunya menerima balasan. Nyawa orang kot, geram aku!" Nabilah Anafi di Tweetnya Ahad lalu. 




    Menurut Nabilah, pemandu Range Rover berkenaan telah melarikan diri, tetapi mangsa berjaya mendapatkan nombor pendaftaran kenderaannya iaitu BNT3. 


    Laporan polis telah dibuat dan Nabilah turut berkongsi video yang menunjukkan keadaan kereta mangsa yang remuk teruk akibat kejadian itu. 


    Seorang lagi ahli keluarga mangsa, Imm, juga berkongsi mengenai kejadian yang menimpa adik kembarnya itu. Berdasarkan maklumat yang diterima, suspek utama dipercayai berlumba dan melanggar adiknya sebelum melarikan diri. 


    "Pemandu yang langgar itu dikatakan berlumba dan melarikan diri. Dengar cerita suspek dari keluarga golongan korporat," katanya. 


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, menggesa orang awam yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu siasatan. 


    "Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika sebuah Toyota Vios dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang yang dipandu di lorong tengah, dilanggar di sebelah tepi oleh sebuah Range Rover yang datang dari arah belakang. 


    "Ia menyebabkan Toyota Vios berkenaan terbabas di lorong kanan lalu melanggar pembahagi jalan, manakala Range Rover terbabas ke sebelah kiri lebuh raya. 


    "Sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Bezza yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang Toyota Vios," katanya. 





    Sumber: Twitter Nabilah Anafi, Imm, Harian Metro

    from The Reporter https://ift.tt/uY8nOX2
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment