loading...
  • Breaking News

    Thursday, October 27, 2022

    (Video) 'Yang besar tu nak buka seluar, keluarkan k***' - JAIS siasat video 2 lelaki buat onar dalam surau di Pekan Banting



    Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang melakukan siasatan lanjut berhubung penularan klip video yang memaparkan tindakan melampau dua lelaki berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau dipercayai di Pekan Banting, Kuala Langat.


    Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, beliau masih menunggu laporan penuh pegawainya di daerah tersebut.


    “Kita akan siasat lanjut. Saya tunggu laporan pegawai saya di daerah (berkenaan),” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! menerusi aplikasi WhatApps malam ini.


    Kosmo! Online terdahulu melaporkan aksi melampau dua lelaki yang berjaya dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di Twitter rasmi Info Kuala Langat.




    Video berdurasi satu minit 50 saat itu memaparkan salah seorang daripada mereka mula meraba-raba rakan lelaki di sebelahnya.


    Lelaki itu juga kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya selepas dirakam mencium ‘pasangannya’ itu.


    Sumber: Kosmo Online



    from The Reporter https://ift.tt/GUIE578
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment