Baru-baru ini, selebriti Neelofa berkongsi video anak sulungnya, Muhammad Bilal Haris, yang dikatakan sedang sibuk berkemas untuk pergi bercuti.
Di ruangan komen, netizen teruja melihat kelasakkan Bilal yang dikatakan jenis tak dudum diam. Ramai yang mengatakan mereka geram melihat kaki dan tangan Bilal yang gebu, serta suaranya yang comel.
Umum tahu, pasangan selebriti berkenaan sehingga kini masih belum mendedahkan wajah Bilal yang sepenuhnya.
Difahamkan, Neelofa dan Haris pernah mengatakan mereka enggan mendedahkan wajah anak kepada umum kerana bimbang anaknya terkena penyakit ain.
Tetapi tular di media sosial sejak semalam, ada individu yang mengambil gambar tiga beranak itu tanpa pengetahuan dan sekali gus mendedahkan wajah Bilal.
@ismahsyahirah Kene saman ke dok ni ? 🤨
♬ original sound - aerilzafrel
"Bilal is cute, nampak dalam gambar pun dah gebu. Kalau jumpa kat luar ni, rasa lembut gebu gebas kulit baby Bilal ni. Dah macam muka Afwa anak TokTi pun ada. Tapi iras-iras sepupu dia, Jebat Jayden," kata individu berkenaan.
Menurut laporan mStar Online, gambar itu dipercayai dirakam ketika pasangan berkenaan datang ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.
Di ruangan komen, netizen memuji kecomelan bayi berkenaan yang dipercayai adalah Bilal. Tidak kurang juga yang menegur perbuatan individu yang mengambil gambar tersebut telah melanggar privasi pasangan selebriti berkenaan.
Bagaimanapun, ada individu yang tampil menjelaskan, ahli keluarga Bilal telah menghubunginya dan meminta dia memadamkan gambar tersebut.
Sumber: TikTok Ismah Syahirah, mStar Online
from The Reporter https://ift.tt/eBON21Z
via IFTTT
No comments:
Post a Comment