loading...
  • Breaking News

    Tuesday, January 17, 2023

    Bekas pengetua didakwa merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun di Kuala Terengganu, Marang



    Seorang bekas pengetua dihadapkan ke mahkamah sesyen di Kuala Terengganu hari ini atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual dan rogol, melibatkan pelajarnya sekitar tahun 2020 dan 2021.


    Rosli Abd Rahman, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.


    Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan kesemua perbuatan itu ke atas mangsa sama yang ketika itu berusia 16 tahun.


    Ia didakwa berlaku di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang antara Nov 2020 hingga Nov 2021.


    Sehubungan itu Rosli berhadapan lima pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol, dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.


    Tertuduh turut didakwa dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 11 (a); satu pertuduhan di bawah seksyen 14 (c); dan satu pertuduhan Seksyen 14 (d) AKSTKK 2017.


    Jika disabitkan kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara antara tiga hingga 30 tahun serta sebatan.


    Hakim Nooriah Osman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 20 Feb untuk sebutan semula kes.


    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.


    Sumber: Bernama



    from The Reporter https://ift.tt/l2YKMsN
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment