Gara-gara terpengaruh dengan video promosi restoran yang viral di media sosial, seorang pengguna TikTok tidak menyangka dia terpaksa membayar sepinggan sayur dengan harga yang dianggap tidak masuk akal.
Difahamkan, pengadu bersama kenalannya datang ke premis berkenaan selepas menonton video dari seorang Tiktoker memuji makanan di kedai itu sedap belaka.
Namun selepas memesan sepinggan sayur kangkung, alangkah terkejutnya pengadu bila mana dia dimaklumkan harga bagi sepingan sayur tersebut adalah RM22.
"Ini ke tempat makan viral yang korang duk puji-puji sedap sangat? Ini berbaloi ke dengan kangkung RM22?
"Setahu aku kangkung tu murah. Saya speechless. Sepinggan ni RM22? Bapaklah, kau biar betul siak? Kalau RM7 aku boleh terima lagi. RM7 pun dah berat ni.
"Mana Tiktoker yang review tu? Mana? Harga dia agak-agaklah weh. Ya Allah, aku datang lapar, aku nak kangkung yang banyak kau tahu tak. Kangkung (pula dicaj) RM22.
"Geram ya, aku geram okey," katanya.
Dalam masa sama, pengadu juga ada bertanya kepada pekerja restoran yang kemudian menjelaskan saiz hidangan kangkung bagi RM22 adalah sebanyak itu sahaja.
@wiwinbollmixdance Nasib baik staf layan baik...angin dah naik dah ni😒#wiwinbollmixdance #wiwinreview ♬ bunyi asal - WIWINBOLLMIXDANCE
Walaupun kecewa dengan hidangan sayur kangkung, pengadu tidak menafikan makanan laut lain yang dipesannya adalah sedap dan berbaloi dengan harga yang dikenakan.
Sementara itu di ruangan komen, netizen bertanya tentang nama dan lokasi restoran itu. Namun pengadu enggan mendedahkan kerana tidak mahu mempromosikan kedai berkenaan kepada umum.
"Mungkin sayur kangkung tu dia pergi petik kat atas gunung kot. Sebulan baru dapat balik rumah, itu sebablah mahal," kata Erna.
"Kau ingat senang ke dik, nak kutip kangkung sampai terkangkang-kangkang," seloroh Illawaty.
from The Reporter https://ift.tt/5lE3iMD
via IFTTT
No comments:
Post a Comment