Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirinya telah menjadi mangsa rogol seorang pegawai polis berpangkat Inspektor semasa eada di IPD Yan, Rabu lalu.
Dalam laporan polis yang dibuat mangsa pada Sabtu lalu menyatakan kejadian itu berlaku di dalam bilik pejabat suspek pada jam 6.30 petang.
Menurut sumber, mangsa pada awalnya dipanggil oleh suspek berusia 34 tahun itu ke IPD berkenaan untuk membantu siasatan berhubung kes rogol yang membabitkan remaja itu sendiri yang dikatakan dilakukan oleh bapa tiri terhadapnya.
Semasa berada dalam bilik tersebut, suspek memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa dan meminta remaja itu mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan.
Suspek kemudian memegang kemaluan mangsa dan diminta baring di atas katil yang ada dalam bilik tersebut dalam keadaan bogel. Suspek yang gagal mengawal nafsu kemudian merogol mangsa.
"Pegawai polis bekenaan memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik.
"Walaupun takut, namun mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya dinoda inspektor berkenaan," kata sumber.
Kejadian itu berlaku kira-kira 30 minit dan mangsa diminta memakai semula pakaiannya. Suspek memaklum kepada mangsa bahawa kes itu belum selesai dan diminta kembali untuk membantu siasatan.
Tiga hari selepas kejadian itu, mangsa yang sudah tidak bersekolah tampil membuat laporan polis dan telah dipanggil ke IPD untuk memberi keterangan.
Selain itu, mangsa sudah menjalani pemeriksaan di hospital dan sepasukan polis unit forensik telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian serta menemui beberapa kesan tompokan cecair dipercayai air mani pada cadar dan sarung bantal.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis juga telah menyerahkan beberapa bahan bukti telah diserahkan kepada Jabatan Kimia. Kes disiasat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/PIzHwNB
via IFTTT
No comments:
Post a Comment