loading...
  • Breaking News

    Saturday, January 14, 2023

    'Cari bidadari sendiri la, bukannya cari bini orang' - Lelaki tawar diri jadi suami Puteri Sarah, diselar netizen



    Seorang lelaki baru-baru ini menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana kerana enggan melihat ibu kepada dua anak itu berterusan dikecewakan oleh suaminya, Syamsul Yusof. 


    Umum mengetahui, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah kini berantakkan susulan Syamsul membuat keputusan untuk berkahwin kali kedua dengan Ira Kazar. Hal itu juga menyebabkan Puteri Sarah nekad mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian di mahkamah Isnin depan. 


    Dua hari lalu, pengguna TikTok yang dikenali sebagai Arif Izo, memuat naik video kontroversi itu dengan kapsyen berikut:


    "Salam Sol (Syamsul). Kenalkan bakal suami Puteri Sarah. Aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ini sedih. Boleh ke?" 


    @arifizo

    Boleh ke? 😬

    ♬ original sound - Arif Izo


    Kenyataan itu dengan pantas menular di seluruh platform media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen. Di ruangan komen video tersebut, ada yang mengatakan Arif lebih kacak daripada Samsyul dan sesuai dengan Puteri Sarah. Malah berharap gurauannya itu bertukar menjadi kenyataan. 


    Bagaimanapun, di platform lain pula menyelar tindakan Arif yang dikatakan mengambil kesempatan dalam kesempitan. Selain itu, dia dituduh membuat gurauan seperti tiada pegangan agama. 


    "Hormat la sikit bro. Itu isteri orang bro, macam tak ada agama je. Baik la pergi mengaji dulu kalau bab ini pun tak lepas," kata Farid. 


    "Terpaling nak jadi hero, nak jadi suami konon. Dengan rantai dan gelangnya, agak-agak boleh ke nak didik dia dengan anak-anak dia tu bang?" kata Alan. 


    "Nak ada bidadari, rantai tu buang dulu. Macam mana nak pimpin bidadari ke syurga?" kata Shaemmy. 


    "Carilah bidadari single yang sedih, bukan cari bini orang," kata MissQ.





    Sumber: TikTok Arif Izo

    from The Reporter https://ift.tt/4bPLzFX
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment