Jelas beliau, ini berbeza dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2018 yang mana mesyuarat itu terus diadakan selepas seminggu Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
"Tempoh dua bulan yang ada ini, daripada hari angkat sumpah PMX dan kabinetnya, sampai sekarang satu mesyuarakat pun tak pernah panggil. Tak pernah panggil menteri besar dan ketua menteri.
MB dari Pertikaian Nasional ni pertikai PMX tak ada buat apa sepanjang 2 bulan sebab tak panggil MB-MB datang bersidang. MB ni tak tengok FB PMX ke betapa sibuk PMX ke sana sini. Bukannya PMX kalut nak pergi bercuti di NZ macam dia waktu rakyat tengah susah. pic.twitter.com/srJDdnk4A9
— Laga Cawan 🌺 (@LagaCawan) January 10, 2023
"Apa yang dia buat? Wallahualam. Sedangkan rakyat dan negara berdepan dengan pelbagai masalah. Kalau betul nak menyelesaikan masalah rakyat, minggu pertama (bertugas) lagi dah panggil semua. Kia dengar, kita bincang dan selesaikan masalah yang menjadi isu," katanya.
Namun, kenyataan Ahmad Samsuri itu diselar oleh netizen pro kerajaan. Sedangkan Anwar sejak dari hari pertama bertugas telah berkongsi mengenai rutin hariannya di Facebook rasmi untuk tatapan rakyat.
"MB Terengganu ni tak tengok Facebook PMX ke? Betapa sibuknya PMX ke sana sini. Bukannya PMX kalut nak pergi bercuti di New Zealand seperti dia sewaktu rakyat Terengganu tengah susah," kata Laga Cawan.
"Dia sendiri pun time banjir pergi bercuti. Itu tak nak sebut pulak? Dah tak ada modal nak memburukkan PMX di depan anak muda," kata Wafiy.
"Info sekarang di hujung jari. PMX punyalah busy sampaikan kalau hari Jumaat tu tak sempat nak tukar baju. Dari siang pakai Baju Melayu sama, bawa ke solat Jumaat, pastu bawa sampai ke malam. Weekend pun kerja," kata Ummu.
from The Reporter https://ift.tt/6aQBO1Z
via IFTTT
No comments:
Post a Comment