loading...
  • Breaking News

    Monday, January 9, 2023

    (Video) 'Saya cakap, kalau dekat Thailand ini perempuan sedap' - Rider Shopee Food lempar ayat gangguan seksual terhadap wanita



    Tular di media sosial sejak pagi tadi, video menunjukkan seorang penghantar makanan yang didakwa melemparkan kata-kata berunsur gangguan seksual terhadap seorang wanita. 


    Menerusi hantaran Facebook YiPin Cheah berkata, dia bersama teman wanitanya sebelum itu dalam perjalanan menuju ke kafe. Tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba penghantar makanan terbabit dengan selambanya melemparkan kata-kata, "Kalau dekat Thailand, ini perempuan sedap" terhadap teman wanitanya, yang membawa maksud tidak senonoh. 


    Apabila mangsa berhenti dan berdepan dengannya, lelaki itu mula mengherdik mangsa tanpa sebarang rasa bersalah. 


    "Dia melemparkan kata-kata itu terhadap teman wanita saya yang lalu di hadapannya. Apabila dia berdepan dengan lelaki itu, dia diherdik "Kau pehal??!! Ingat bagus sangat? Apa tengok-tengok?!"," katanya. 


    Lelaki itu turut mencabar YiPin dan teman wanitanya menghubungi polis. YiPin dan teman wanitanya telah membuat laporan polis. Tetapi setakat ini, belum ada sebarang tindakan. 



    "Shopee Food Malaysia, orang seperti ini ke yang anda ambil untuk bekerja? Samseng dan pembuli? Membuat gangguan seksual?" katanya. 


    Di media sosial, netizen menyelar perbuatan lelaki terbabit dan meminta pihak Shopee Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pekerjanya agar kejadian sedemikian tidak berulang. 


    "Tolonglah hormat wanita, bukannya bercakap lucah seperti itu. Perangai masing-masing perlu dijaga. Dah tua pun tetapi tak hormat orang, buat malu saja. Kalau anak perempuan dan isteri dia sendiri yang kena, mesti dia marah juga," kata LBM. 


    "Jadah dia 'sorry la saya tak tahu' simple macam itu je? Setan tua macam ni patut kena tangkap dan sebat bontot sampai hilang nafsu. Kes suka berbual lucah jadi bahan gurauan. Please tangkap setan ni!" kata Miema. 


    Sementara itu, Shopee Malaysia telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan memohon maaf terhadap pasangan berkenaan. 


    "Kami memohon maaf di atas kejadian tersebut. Kami ambil maklum perkara ini dan telah meminta pasukan Shopee Food untuk tindakan selanjutnya," kata Shopee Malaysia. 



    Selain itu, netizen turut menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan kompaun terhadap lelaki terbabit yang jelas sekali merokok dalam video tersebut, sekali gus melanggar larangan merokok di kedai makan atau restoran. 



    from The Reporter https://ift.tt/cuHbUmJ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment