Seorang lelaki mendakwa, antenna kenderaan dipatahkan oleh peniaga nasi kukus kerana tidak berpuas hati kenderaan pengadu telah menghalang ruangnya untuk menjalankan perniagaan.
Pengadu yang dikenali sebagai Alep menerusi ciapannya di Twitter berkata, kejadian yang berlaku berdekatan Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam itu bukanlah kali pertama berlaku. Malah bapanya juga pernah menjadi mangsa kepada peniaga yang sama.
Menurut Alep, peniaga itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dan membuka khemah di atas laluan pejalan kaki yang jelas sekali melanggar peraturan.
"Kau meniaga takde lesen, buka khemas atas pejalan kaki. Sini rumah flat, memang parking penuh malam-malam. Pastu tengok siang, kau patahkan ehh antenna aku?! Pastu sedap cakap, 'Sape suruh park sini'. Otak kau lah.
kau meniaga takde lesen. buka khemah atas pejalan kaki. sini rumah flat. memang parking penuh malam-malam. pastu tengok siang, kau patahkan ehh antenna aku?! pastu sedap cakap “sape suruh park sini”
— alep ajaib (@alelelep) January 10, 2023
OTAK KAU LAH. pic.twitter.com/NDHkpdaGn9
"Itu bukan first time, sebelum ini kau maki mak bapak aku. Kau nak gaduh dengan bapak aku sebab parking?! Sebab kau nak meniaga nasi kukus takde lesen kau tu?!" kata Alep.
Difahamkan, pihak berkuasa tempatan pernah mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan. Malangnya, saman yang dikenakan itu tidak memberi kesan dan sudah dianggap seperti 'sewa bulanan'.
Pengadu juga telah membuat dua laporan polis berhubung perbuatan khianat peniaga berkenaan, untuk tindakan lanjut.
"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bukan tak buat kerja, diorang saman setiap bulan. Tapi these so called peniaga anggap saman itu macam sewa monthly. So bersesaklah simpang Flat PKNS Seksyen 7 tu. Bergaduhlah peniaga yang takde lesen dengan penduduk yang takde parking.
"Dua cover report aku dah buat sebab bergaduh dengan mamat ni. Hari ni buat satu lagi sebab dia patahkan antenna aku," katanya.
Pengadu terpaksa meletakkan kenderaannya di tepi jalan berikutan ruang parking yang disediakan telah penuh terutamanya pada waktu malam. | Foto - Alep |
'PENIAGA PLAY VICTIM' - PENGADU
Sementara itu, seorang isteri kepada peniaga nasi kukus itu tampil mempertahankan suaminya dan meminta netizen jangan hanya mendengar penjelasan dari pihak sebelah.
"Tapi laki saya dah minta maaf dan settle. Tapi kami up post yang 1-2 bulan lepas kenapa? Tak puas, boleh cakap depan-depan. Brother ni (pengadu) depan-depan tak berani. Dia berani (dalam) WhatsApp je.
"Saya minta maaf dari pihak suami saya and korang please jangan WhatsApp laki saya. Kalau tak tahu apa-apa, jangan dengar sebelah pihak," kata Nurul Shakila.
Bagaimanapun, pengadu membidas dakwaan itu dan menegaskan peniaga berkenaan 'play victim' di WhatsApp.
"Betul, saya berani (dalam) WhatsApp sahaja. Saya tak rasa saya boleh sabar kalau cakap dengan korang depan-depan. Sebelum kes jadi lain, baik saya gerak dan settle dengan pihak berkuasa terus. Kalau kita dua-dua salah, saman je dua-dua.
"Oh dan laki akak tak minta maaf pun. Dia play victim je dekat WhatsApp. Akak yang WhatsApp minta maaf bagi pihak dia. Tell him to man up a bit," kata Alep.
'MBSA, TOLONG AMBIK TINDAKAN TEGAS!' - NETIZEN
Di media sosial, netizen mendesak MBSA segera turun padang mengambil tindakan tegas terhadap peniaga berkenaan.
"Tu aku benci orang meniaga sesuka hati buka tapak. Bila piha berkuasa rampas, mulalah kata tak jaga Melayu. Tapi kau tengoklah perangai segelintir diorang. Suka hati kau ye patahkan antenna kereta orang. Entah-entah dah berapa banyak kereta dia khianatkan buat macam-macam. Nak berniaga tetapi bodoh," kata Choccold.
"Sorry to say, mentality orang yang duduk flat. Berniaga pula dekat kawasan flat. Memang otak dia flat. Semoga business dia tutup tahun ni. Aminn. Cepat aminkan ramai-ramai," kata Fia Hafiz.
"Patut diroboh dan disita dengan amount yang besar. PBT kena berani terutamaya MBSA. Come on, do your job. Majlis Bandaraya kan, jangan bersikap acuh tak acuh. Mesti kuatkuasakan larangan berniaga di tepi jalan. Bina medan selera dengan lebih banyak lagi," kata Syed.
from The Reporter https://ift.tt/A3P7TGf
via IFTTT
No comments:
Post a Comment