Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi semalam mendedahkan nama 10 Ahli Parlimen dari UMNO terbabit dalam Langkah St Regis untuk bersama pemimpin Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan baharu selepas tamatnya PRU15 lalu.
10 individu itu bukan sahaja mahu menggagalkan pembentukan kerajaan perpaduan, malah cuba menyingkirkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Menurut sumber yang enggan didedahkan namanya berkata, "...ada perancangan dibuat untuk menyingkirkan Ahmad Zahid selaku pengerusi BN.
"10 Ahli Parlimen UMNO menyerahkan akuan bersumpah (SD) bagi mengangkat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-10.
"Ketika mesyuarat BN diadakan, hanya 26 Ahli Parlimen yang hadir, manakala baki empat lagi (pro Muhyiddin) tidak datang dengan memberi alasan kesihatan.
"Jika langkah itu berjaya, Muhyiddin telah sedia menanti di Hotel St Regis untuk mendapatkan sokongan BN," katanya.
Namun, rancangan itu terbongkar selepas Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, tiba-tiba dihubungi seorang pemimpin kanan PAS - PN yang bertanya mengapa ahli-ahli parlimen BN masih belum sampai ke hotel berkenaan di mana Muhyiddin sudah sedia menanti.
Juga tular di media sosial hari ini, senarai nama 10 Ahli Parlimen UMNO/BN yang didakwa sebagai pengkhianat dengan memberi sokongan kepada Muhyiddin.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Twitter Cik Yanie (@lady_bugg11) menunjukkan bekas menteri pertahanan Hishamuddin Hussein, bekas menteri besar Johor Hasni Mohammad, Presiden MCA Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MIC M. Saravanan dan enam lagi ahli parlimen yang lain.
10 pengkhianat/ kartel pic.twitter.com/vMbdxD0MYL
— CIKY🔺NIE (@lady_bugg11) January 11, 2023
Sumber: MalaysiaKini, Twitter Cik Yanie
from The Reporter https://ift.tt/dV9gbF5
via IFTTT
No comments:
Post a Comment