Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaluddin Mohamad berkata, mangsa, Ahmad Nizam Nazahar, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
"Dalam kejadian jam 7.15 pagi, polis bantuan Kolej Universiti Taylor itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dalam perjalanan dari Bukit Tinggi ke Shah Alam.
"Siasatan awal mendapati mangsa mungkin mahu pergi ke tempat kerja kerana laluan itu menghala ke Kolej Taylor di Bandar Sunway ketika kejadian.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan kawasan kemalangan dan belum ada saksi yang tampil membantu siasatan.
"Polis masih menyiasat kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat," katanya.
Terdahulu laman Facebook Berita TV9 memuat naik rakaman video di tempat kejadian yang menunjukkan isteri mangsa menangis teresak-esak di sisi mayat suaminya. Sementara itu, ibu mangsa jatuh pengsan setelah melihat mayat anaknya.
Difahamkan, mayat mangsa telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Klang.
Difahamkan, mayat mangsa telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Klang.
from The Reporter http://ift.tt/2r1UQ8c
via IFTTT
No comments:
Post a Comment