Dalam kejadian yang berlaku di Stesen Shell Jalan Yahya Al Dattar, Bukit Senyum, Effendiey Ismail, mendakwa dia telah dibodohkan oleh wanita berkenaan.
"Makcik itu tak puas hati dengan saya sebab dia kata saya menghalang laluannya keluar. Kalau ye pun saya bersalah, cakaplah baik-baik.
"Serius saya terkejut dan saya kata pintu ada dua. Dia seperti tidak boleh menerima kenyataan dan boleh pula dia 'bodohkan' saya sepanjang jalan nak ke kereta.
"Ingatkan dah habis, masa saya nak ke motosikal, dia boleh berhenti memarahi saya. Semakin saya mendiamkan diri, semakin 'menjual' makcik ini. Siap nak ambil nombor motosikal bagai," katanya.
Berdasarkan video berdurasi 1 minit 21 saat itu menunjukkan, Effendiey menceritakan semula bagaimana kejadian itu berlaku sambil diperhatikan beberapa pelanggan Shell yang lain.
Bagaimanapun, wanita itu terus melemparkan kata-kata kesat terhadapnya sambil dirakam rakannya. Penumpang di belakang cuba menasihatkan Effendiey untuk tidak memanjangkan kes tersebut, namun Effendiey menegaskan dia tidak bersalah dan dibodohkan oleh wanita berkenaan.
Di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal mereka dengan apa yang berlaku.
"Baru seminggu lebih berpuasa, banyak pula kes-kes yang berlaku. Berebut parking sampai selipar terbanglah, bergaduh di bazaar ramadhan sebab hal kecil dan banyak lagi. Di mana kesabaran kita? Ini kan bulan puasa, tolong kawal diri dan jangan malukan agama kita," kata netizen.
from The Reporter http://ift.tt/2rJXHVg
via IFTTT
No comments:
Post a Comment