loading...
  • Breaking News

    Saturday, January 20, 2018

    'Bayar Instafamous RM300-RM700 untuk review produk, tapi tak sampai 5% pun yang beli' - RIP Instafamous BBNU, wanita ini ajar cara dapatkan review produk yang murah dan lebih menguntungkan

    Foto Hiasan
    Susulan kes Instafamous didakwa menganiaya peniaga online yang menerima pelbagai reaksi netizen, tampil seorang wanita berkongsi mengenai pengalamannya yang juga pernah mengalami kerugian ratusan ringgit.

    Amirah Ishak tidak menafikan peniaga bagi produk-produk baru sepertinya mencari perkhidmatan golongan Instafamous untuk mempromosikan produknya. Tetapi kesal ada segelintir Instafamous menggenakan caj yang terlalu tinggi, namun pulangannya juga mengecewakan.

    "King C**o caj RM300 ke RM700 untuk review dan bergantung pada jenis review. Golongan Instafamous ini buat duit dengan cara mudah saja. Percayalah, saya juga pemilik produk baru yang mencari Instafamous untuk review produk saya. 

    "Daripada followers yang beratus-ratus ribu itu, tidak sampai lima peratus pun yang akan follow atau beli produk kita. Ianya satu pembaziran wang," katanya.

    Selain menggenakan caj yang tinggi, ada juga Instafamous yang bersikap sombong dan menganggap peniaga online lebih memerlukan mereka berbanding diri mereka yang memerlukan peniaga online.

    "Semua kekwat, ada yang followers baru belas ribu pun caj RM500 for limited time. Gila babas," katanya.

    Disebabkan masalah-masalah seperti itu, Amirah mengambil keputusan untuk mencuba sesuatu yang baru di mana beliau menghantar produknya kepada golongan Instafamous luar negara yang lebih murah dan lebih menguntungkan. 

    "Jadi, saya hantar produk kepada gadis-gadis di luar negara seperti United States, German, United Kingdom, Australia, Canada yang lebih lawa dan jumlah followers mereka sama ramai.

    "Kebanyakan mereka tidak mengenakan apa-apa caj, peniaga cuma perlu menghantar produk saja. Sangat murah dan pelanggan pun majoritinya dari luar negara," katanya.

    Bagaimanapun, untuk berbuat demikian, Amirah menyarankan para peniaga online membuat laman web sendiri dan menjual produk dalam matawang USD.

    "Buat website dan jual produk dalam matawang UDS lebih menguntungkan. Marketing pun lebih menjimatkan, tetapi produk tak famouslah di Malaysia. Namun saya tidak perlukan populariti di sini, saya bina jenama saya di luar negara dan buat keuntungan lebih banyak dari perbezaan matawang.

    "Cari saja hashtag instabeauty atau mana-mana hastag yang berkaitan dengan produk yang dijual. Survey satu persatu atau follow saja mana-mana produk yang hampir sama dengan produk sendiri dari luar negara. Then akan datang sendiri je request.

    "Atau cari saja jenama yang lebih kurang sama dengan produk sendiri, survey followers, kemudian DM atau e-mel sahaja, simple. But of course Instagram awak perlu gunakan bahasa inggeris agar semua orang dari seluruh dunia faham dan berminat dengan produk awak.


    "Seperti yang saya katakan ianya lebih mudah kalau ada website. Buatlah website yang simple menggunakan Easystore atau Shopify. Kalau nak tarik pelanggan dari luar ini senang, letak harga dalam matawang USD. Kita pun dapat untung lebih sikit dari perbezaan matawang. Bagi mereka harga yang dijual itu agak murah, tetapi bagi kita agak banyak," katanya.

    Ilmu sudah dikongsikan, semoga para peniaga online mendapat manfaatnya.

    BERITA BERKAITAN:



    from The Reporter http://ift.tt/2mTr3iT
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment