Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di utara tanah air, guru terbabit meninggikan suara, melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Lebih teruk lagi, guru berkenaan yang gagal mengawal kemarahannya bertindak menghentak meja dan meludah dalam mesyuarat itu beberapa kali.
"Bahasa Inggeris kamu sungguh teruk. Saya sudah bayar RM70, tak ada tempat duduk. Saya minta tempat itu, tetapi mereka keluarkan dan pindahkan meja itu," jeritnya.
Susulan kejadian itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan yang pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menempatkan guru terbabit di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, sementara menunggu siasatan dijalankan.
Arahan penempatan baharu itu berkuat kuasa serta merta dan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca guru terbabit mengamuk.
"Seorang guru dari sebuah sekolah di Kulim, Kedah telah didapati menunjukkan reaksi yang tidak melambangkan profesionalisme seorang guru Malaysia dalam satu mesyuarat guru di salah sebuah sekolah di Kulim, Kedah.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 24 Januari 2018 dan telah menjadi tular sehingga menimbulkan keresahan banyak pihak.
"Sehubungan itu, KPM telah mengarahkan JPN Kedah untuk menempatkan dengan kadar segera guru berkenaan di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu bermula 26 Januari 2018 sementara siasatan punca guru berkenaan bertindak sedemikian selesai.
"Tindakan ini adalah bagi mententeramkan ekadaan emosi guru berkenaan serta menjaga ketenteraman proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di sekolah berkenaan.
"Dalam hal ini, KPM ingin mengingatkan semua guru serta pentadbir sekola hperlu sentiasa berkelakuan serta bertindak secara profesional pada setiap masa khususnya dalam konteks hubungan sesama rakan sekerja, murid-murid serta masyarakat bagi mengelakkan kejadian seumpamanya berulang," kata kenyataan itu.
from The Reporter http://ift.tt/2rJ3nCC
via IFTTT
No comments:
Post a Comment