loading...
  • Breaking News

    Thursday, January 18, 2018

    'Makin melampau harga review budak-budak Instafamous ni' - Peniaga kesal dianiaya Instafamous


    "Makin melampau betul harga budak-budak instafamous ni," demikian kata seorang peniaga online yang kesal kerana instafamous yang dibayarnya gagal memberikan perkhidmatan yang sepatutnya. 

    Nurul Tixana melalui Twitternya berkata, tindakan instafamous yang tidak bertanggungjawab seperti itu menyebabkan dia sukar untuk mempromosikan IGShop yang diusahakannya. 

    "Makin melampau betul harga budak-budak Instafamous ini. Kadang-kadang tak kena dengan harga betul. Ada yang jenis sombong, cakap 'terima kasih' pun susah. Ada yang jenis berkira macam ini. 

    "Macam manalah IGShop yang baru nak mula bisnes? Saya seorang saja ke yang kena begini? Kecewa," katanya. 





    Tanpa mendedahkan nama sebenar Instafamous berkenaan, Nurul mendakwa individu itu hanya lebih mempromosikan wajahnya sendiri berbanding produknya. 


    "Ini adalah gambar yang dia pernah review. Cuba teka dia nak review apa? Sekali pandang macam nak review muka sendiri, rupanya nak review beg. Tapi hujung je beg tu nampak. 

    "Alahai dik, apa bendalah awak buat ni. Owner IGShop tengok pun, rasa tak ikhlas kasi barang itu dah dekat awak," katanya. 

    Selain Nurul, ada rakannya yang juga pernah mengalami masalah yang sama dengan salah seorang Instafamous di laman sosial berkenaan. 

    "Saya dapat ini dari kawan saya. Dia pun dah terkena dengan 'tora-tora' ini.




    "Kita nak bagi dia rezeki, dia balas seperti ini. Tetapi biasalah, dalam bisnes. Ini kira saya tersilap langkahlah ni," katanya yang terpaksa redha dengan apa yang berlaku. 

    Senarai harga review yang dikenakan Instafamous berkenaan seperti yang dikongsikan netizen. 


    Jangan aniaya mereka yang menggunakan perkhidmatan anda. Berniagalah dengan jujur. Juga jelaskan secara terperinci tentang perkhidmatan yang ditawarkan agar tidak berlaku sebarang salah faham di kemudian hari. Jangan diragut kepercayaan pelanggan kepada diri anda. 


    from The Reporter http://ift.tt/2DL0fsg
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment