loading...
  • Breaking News

    Sunday, January 28, 2018

    'Bodoh ke tak faham bahasa ke ape hang ni?' - Suami berang isteri memalukannya di depan rakan-rakan


    Hati isteri mana yang risau apabila suaminya kerap balik lewat malam. Di kala isteri sedang dilanda kerisauan, si suami pula sedang asyik berjimba dengan rakan-rakan. Bila isteri mencari, suami pula marah kerana malu dengan tindakan isterinya yang dianggap memalukan dia. 

    Suami lebih rela menjaga hati rakan berbanding hati isteri. Malah suami tergamak melemparkan kata-kata kesat pada isteri. Apalah nasib si isteri ada suami yang tidak memahami seperti ini. 

    "Assalamualaikum. Nak cerita tentang suami saya ini. Jam lima pagi masih tak balik-balik. Bila saya call, dia marah-marah saya. Isteri mana yang tidak marah kalau suami dia balik jam lima pagi? 

    "Tak kisahlah nak lepak di kedai mamak ke apa. Kalau jam dua pagi, boleh tahan lagi. Tolonglah wahai suami-suami yang di luar sana, hargai isteri anda. Isteri ini bukan minta apa sangat pun, cuma nak perhatian saja. Susah ke? Haih!" luah si isteri di laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT). 

    Berdasarkan gambar-gambar screenshot perbualan WhatsApp yang dikongsi, si suami meminta isterinya tidak mengulangi tindakannya yang dianggap memalukan dirinya di hadapan rakan-rakannya. 

    "Hang memang suka malukan aku kan? Depan kawan-kawan aku kan? Bagus punya bini ni. Hang tahu tak semua perli-perli aku. Habis tu muka aku nak letak mana? Jangan bagi aku malu boleh tak?" kata si suami. 

    "Apa nak malu? Dah nak dekat jam 5 pagi kan? Deme bujang. Macam ini kata kawan-kawan basgus? Nak perli-perli? Dah kahwin kot? Bagusnya perli kawan," balas si isteri. 

    "Bodoh ke tak faham bahasa ke apa hang ni? Ada aku cakap ke kawan aku bagus?" si suami mula hilang sabar. 

    "Benda bukan pergi main dadah, main perempuan, kelab ke, PP ke," tambahnya lagi. 

    "Hang esok kerja, yang nak kejutkan hang itu aku, bukan diorang. Jangan sampai hang tertidur lagi sambil drive.

    "Hang ni memanglah. Depan kawan-kawan hang nak tunjuk yang hang gangster dengan bini. Nak dekat lima pagi hang marah aku call hang suruh balik. Bukan jam 12 tengah malam," balas si isteri. 

    "Kalau tak nak kejutkan aku, dipersilakan pergi keluar awal. Kalau aku nak tunjuk gangster aku maki hang depan kawan aku, bodoh! Cakap pakai akal, kim*k! Hahaha!" kata suaminya. 




    Tatkala si isteri mahu menyelamatkan suami dari leka dengan benda-benda yang tidak berfaedah yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan, si suami pun seperti tidak mengerti dan lebih rela memarahi isterinya. 

    Semoga si suami diberi kesedaran lebih awal sebelum rumah tangganya menjadi huru-hara.


    from The Reporter http://ift.tt/2rJJU4C
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment