loading...
  • Breaking News

    Saturday, January 27, 2018

    (Video) '23 saat saja, takde rasa apa-apa' - Derita rabun 20 tahun hilang dalam 23 saat


    Mengalami rabun sejak kecil dan memakai cermin mata semenjak usia 10 tahun, tentu anda dapat membayangkan betapa tebal kanta cermin matanya. Di mata orang, mereka seperti tiada masalah memakai cermin mata tetapi derita dan kepayahannya, hanya mereka saja yang tahu.

    Namun, masalah rabun yang dialami sejak 20 tahun lalu selesai dalam masa 23 saat sahaja selepas wanita ini menjalani pembedahan mata yang menelan kos RM12,000 lebih.

    20 TAHUN derita rabun hilang dalam 23 saat, masyaAllah. Siapa nak tengok video operation, saya ada upload  sekali. 

    Saya memang mengalami masalah rabun sejak dari kecil dan memakai cermin mata semenjak umur  10 tahun. Kemudian degree cermin mata semakin meningkat setiap tahun sehingga pemeriksaan terkini yang dilakukan semalam, 725 degree untuk kedua-dua belah mata. 

    Banyak dugaan pakai cermin mata terutamanya power besar gila sebab berat (cermin mata tebal), kemudian pening, risiko patah berkali-kali. Cermin mata saya pun baru patah dua hari lepas. Macam tahu-tahu saja saya nak operate mata. Terpaksa guna cermin mata lama yang digunakan dua tahun lalu. 

    Tiga bulan yang lalu dah buat appointment dengan Prof Muhaya, nak buat lasik sebab dah tak tahan nak pakai cermin mata. Jadi semalam, kami berjumpa buat pertama kalinya. Sampai saja di PMELC di Kajang, saya daftar dan dapat nombor giliran yang pertama, 1, semangat iols. Hehe! Kemudian kakitangannya hidangkan simple breakfast seperti sandwich dan choc drinks. 


    First, buat eye assessment. Ada enam mesin, scary gila sebab orang kata sakit bila letak mata dilator tetapi untuk saya Alhamdulillah tiada sakit langsung. Eye assessent dibuat bagi mengenal pasti sama ada kita sesuai untuk buat Lasik atau Smile Relex dan saya tiada masalah untuk kedua-duanya. 

    Apa perbezaannya? Bukaan atau luka lasik lebih besar sikit dalam 20 mm. Tak boleh dibuat pada hari yang sama dengan eye assessment dan hanya boleh dibuat pada hari Khamis sahaja. 

    Relax Smile atau Small Incision Lenticule Extraction bermaksud, luka sangat kecil 2mm, les complicaiton seperti eye dryness, proses penyembuhannya lebih cepat. Jadi saya pilih yang ini sebab takkan nak buat appointment yang lain dan book tiket penerbangan lagi kan. 

    Selepas selesai pemeriksaan mata, jumpa dengan prof. She was very calming and inspiring of course. Kemudian dia beri penerangan mengenai keputusan pemeriksaan mata dan terus proceed dengan pembayaran yang boleh dibayar secara tunai atau kad kredit.



    Selepas itu terus buat operation. Gila nebes masa itu tetapi Prof pesan baca doa Al-Fatihah, Qulhuwallah, usap assalam sebanyak yang mungkin. Kena ikut saja nasihat kata Prof, semuanya akan okey, inshaAllah. 


    Before prosedure, akan diletakkan ubat eye drop. So memang tak ada rasa walaupun Prof sentuh guna besi mata di kornea, tiada kesakitan.  Allahuakbar. Prosedur hanya mengambil masa 23 saat sahaja untuk kedua-dua belah mata dan memang tak ada rasa apa-apa. Cuma ikut saja kata Prof tengok cahaya hijau dan jangan bergerak. 

    Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan saya diberi MC selama dua hari. 


    Untuk kos bagi Lasik, RM7,000+, Relex Smile pula RM12,000+ tetapi berbaloi sebab derita rabun 20 tahun hilang!

    Sumber: Asma Zafirah


    from The Reporter http://ift.tt/2FllGzO
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment