Datuk Farid Kamil yang baru saja keluar dari mahkamah jam 11.21 pagi tadi enggan sebarang kenyataan. Sebaliknya hanya mengatakan dia merindui anak-anaknya.
"Saya rindukan anak-anak saya. InshaAllah secepat mungkin (dapat berjumpa keluarga).
"Kepada penonton-penonton di luar sana, jaga diri baik-baik, jaga family, ingat Allah selalu. Assalamualaikum," katanya.
Sementara itu, isteri, Datin Diana Danielle yang turut hadir di mahkamah seawal jam 9.20 pagi bagi mengikuti prosiding suaminya, enggan memberi sebarang kenyataan kepada media.
Menurut laporan Harian Metro, kes jenayah membabitkan tindakan Farid Kamil, menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam berakhir hari ini, namun tempoh reman terhadapnya dilanjutnya untuk membantu siasatan polis berkaitan kes narkotik.
"Namun, kita akan melanjutkan tempoh reman ke atas Farid menerusi kebenaran mahkamah bagi membantu kes narkotik.
"Bagi kes jenayah terdahulu mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis, ia dianggap sudah selesai," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.
Kata Mazlan, pihaknya sudah merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan akan mendakwa Farid di mahkamah kelak.
"Kami sudah bersedia untuk pertuduhan itu (kes jenayah) dan jika ada elemen narkotik, dia turut akan dituduh atas kesalahan berkenaan," katanya.
Terdahulu, Farid kamil yang memakai kemeja T berwarna kelabu tiba di Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10.40 pagi tadi dalam keadaan bergari diiringi polis dan peguamnya, Athari Bahardin.
"Dah. Puas hati?" kata Farid Kamil kepada para media yang hadir.
Semalam, Diana meluahkan perasaan kasih serta sokongannya terhadap Farid di Instagramnya. Diana berkata, dia tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling, sebaliknya yakin Farid sentiasa merasakan kehadirannya di sisi setiap masa.
"Sayangku FK (Farid Kamil). Jangan tanya kenapa anda (netizen) tidak melihat saya. Dia (Farid) 'nampak' saya dan tahu saya ada di sana.
"Dia dapat merasakan tangan saya menggenggam tangannya. Dan semua itu yang lebih bermakna buat saya," tulisnya.
Sementara itu, keluarganya berhasrat membawa Farid Kamil menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital selepas dibebaskan dari tahanan reman.
Adiknya, Dr. Anis Anwar, 30, mahu merujuk Farid kepada pakar perubatan berkaitan untuk rawatan lanjut jika benar menghadapi masalah mental akibat tekanan.
Pada 11 Januari lalu, Farid Kamil ditahan kerana menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam. Ujian urin yang dijalankan juga mengesahkan pelakon itu positif dadah jenis ganja.
BERITA BERKAITAN:
- Pelakon bergelar 'Datuk' tampar anggota polis trafik, ditahan
- 'Beri kami ruang untuk selesaikan perkara ini dulu' - Datin Diana Danielle
- Positif dadah jenis ganja
- 'Dia mulai berkelakuan aneh dan tiba-tiba lempang saya'
- 'Berhenti kecam Farid Kamil, tunggu dia keluar dan beri keterangan' - Sofi Jikan
- Farid direman 4 hari
- Diana nafi dakwaan adik ipar kononnya suaminya sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya
- 'Kenapa dia tampar saya?' - King ditampar sehari sebelum Farid ditahan polis
- 'My husband has never ever, not even once, been physical towards me' - Diana
- Farid Kamil ditahan reman sehari lagi
from The Reporter http://ift.tt/2B4nJ8X
via IFTTT
No comments:
Post a Comment