Sebelum membuat sebarang tempahan bilik hotel atau homestay di mana-mana tempat, pastikan anda memeriksa dulu latar belakang tempat tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Bukan berniat mahu menjatuhkan perniagaan pihak pengusaha hotel, tetapi adalah menjadi hak pelanggan untuk memeriksa dan mendapat tempat tinggal yang selesa dan selamat dari sebarang ancaman.
Percutian dua keluarga ini terpaksa ditamatkan awal berikutan ahli keluarga mereka menerima gangguan ketika menyewa di sebuah homestay yang tidak didedahkan nama dan tempatnya. Dalam hari pertama sahaja, sudah terlalu banyak kejadian-demi kejadian yang tidak diingini berlaku. Seolah-olah kehadiran mereka tidak dialu-alukan.
CERITA ini sudah lama, selepas saya tamat SPM dulu. Pak usu saya nak bawa keluarga dia bercuti di tempat saya di Johor. Tempatnya di tepi laut, jadi di ajaklah ayah saya pergi bersama satu keluarga juga. Kitorang sewa homestay empat bilik. Bilik pertama ayah dengan emak, bilik kedua Pak usu dengan Mak Usu, bilik ketiga tiga anak lelaki ayah dan Pak Usu dan bilik keempat anak-anak perempuan ayah dan Pak Usu.
Homestay ini di kiri kanannya ada rumah orang kampung, dekat saja. Dengan rumah sebelah kiri dalam 10 kaki saja, cuma dipisahkan dengan pagar pokok bunga raya. Dengan rumah sebelah kanan jauh sikit, lebih kurang dalam 5-6 meter.
Petang itu, diorang pergi membeli belah barang-barang dapur dan bekalan makanan untuk dimasak sendiri sebab nak tinggal di situ selama tiga hari dua malam.
Di waktu maghrib, ayah dan mak selepas solat berjemaah sambung wirid panjang dan baca yassin di bilik. Pak Usu dan isterinya berehat agaknya di dalam bilik mereka. Kami anak-anak selepas solat, tengok TV sambil bersembang.
Tiba-tiba lampu terpadam, BLACKOUT!
Kitorang jenguk rumah sebelah, ada saja lampu kiri kanan. Ayah keluar dari bilik dan pergi ke kotak suis. Ayah kata dia terdengar macam 'lektrik tendang', jadi dia naikkan suis utama dan bilik kembali terang.
Tiba-tiba anak perempuan Pak Usu yang berumur lima tahun berkata, "Tadi kita nampak ada nenek tutup lampu itu," katanya sambil menunjukkan ke arah suis utama yang ayah naikkan itu. Kami semua terdiam dan ayah pula buat-buat tak dengar.
Selepas isya', mak dan Mak Usu pergi memasak di dapur. Anak-anak perempuan disuruh membantu. Ayah, Pak Usu dan anak-anak lelaki duduk di depan. Tiba-tiba tingkap daun yang berdepan dengan dapur tempat memasak itu terbuka sendiri. Mak Usu menjerit-jerit menyebabkan kami semua meluru ke dapur.
Ayah buka pintu dapur, pintu itu menghadap ke rumah orang sebelah kiri. Tuan rumah sebelah pun keluar. Dengar ayah bercakap-cakap dengan pakcik dan makcik itu. Ayah masuk dan saya dengar ayah bercakap pula dengan Pak Usu.
Orang sebelah kata, semasa tingkap terbuka, ada benda putih keluar dari rumah ini. Fuh!!! Menggigil sekejap saya dengar. Tetapi ayah tak nak beritahu mak, Mak Usu dan anak-anak yang lain. Kitorang semua duduk dapur sampai siap masak dan makan.
Bila nak tidur, kami bergilir-gilir masuk bilik air. Semua berkumpul di depan bilik air. Hehe! Luas bilik air. Dalam satu bilik air itu ada bilik mandi lain, satu pintu dan tandas satu pintu. Tiba-tiba anak perempuan Pak Usu yang berumur 9 tahun yang berada di dalam tandas menjerit-jerit, sambil kitorang terdengar ada benda terjatuh bertarai dari siling. Pak Usu kelam kabut selamatkan anak dia. Kitorang tengok, pasir berterabur di atas lantai tandas.
Malam itu, kami semua tidur di ruang tamu dengan lampu terang benderang. Hahaha! Tak ada sesiapa yang nak tidur di dalam bilik.
Di waktu Subuh, saya lalu depan bilik dua nak pergi ke bilik air. Pintu memang tak tutup. Terperasan seperti ada kelibat sesuatu yang sedang duduk di atas katil. Saya mengundur semula, konon-kononnya berani nak menjenguk, tetapi tiada apa-apa pula.
Semasa kami semua sedang bersarapan pagi, Mak Usu cerita semasa solat Subuh berjemaah ramai-ramai di ruang tamu itu, terasa ada orang tarik-tarik kain telekung dia. Semasa dia menoleh memberi salam ke kiri, dia ternampak macam budak rupa anak bongsu lelaki dia berumur tiga tahun tengah duduk di belakang dia. Sebenarnya anak dia itu masih tidur di hujung saf. Saya dah mula rasa seram.
Pagi itu nak pergi ke pantai, kitorang kemas siap-siap semua barang-barang untuk dimasukkan ke dalam kereta. Ayah kata dah tak payah tidur di situ. Nanti dalam perjalanan balik nak berjumpa dengan pemilik homestay yang kami tak jadi nak stay tiga hari. Pemiliknya tinggal di bandar berhampiran.
Kitorang teruskan picnic, mandi manda sampai ke waktu tengah hari. Kemudian perut terasa lapar. Mak kata, "Eh, barang-barang dapur dalam peti sejuk tak ambil lagi. Kalau tak, boleh masak di tepi laut ini je," katanya.
Ayah mula-mula macam tiak setuju dan katanya biarkan saja barang-barang itu tinggal di dalam homestay. Tetapi tiba-tiba ayah boleh pula bersetuju. Ayah kata tak baik pula tinggalkan bahan-bahan mentah di rumah orang begitu, nanti busuk rumah orang.
Jadi, kitorang pun beramai-ramai berjalan kaki ke homestay itu yang berada tidak jauh dari pantai. Masuk ke dapur, kitorang semua terkejut. Nasi lauk semua sudah siap masak terhidang di atas meja dapur. Kitorang tak adalah nak makan pun, sebaliknya terus berlari keluar!
Ayah pergi bertanya pada pakcik di rumah sebelah ada tak nampak sesiapa yang datang ke rumah itu sewaktu kitorang tiada di rumah? Pakcik itu kata dia tak perasan pula.
Kitorang terus balik petang itu. Singgah sebentar di rumah pemilik homestay di bandar. Ayah bertanya kepada pemiliknya tentang rumah itu. Dia siap boleh marah-marah pula. Dia tuduh kitorang sengaja buat cerita, dia siap meminta bayaran penuh sebab semalam Pak Usu cuma bayar deposit sahaja. Pak Usu tak nak bayar penuh, bayar separuh sahaja. Pemilik itu bising dan merungut sambil menutup pintu.
"Orang macam itu pun ada?" kata ayah.
Sumber: Telracs
from The Reporter http://ift.tt/2rtT84X
via IFTTT
No comments:
Post a Comment