loading...
  • Breaking News

    Tuesday, January 23, 2018

    'Kalau nak surver harga je, jangan tanya!' - Peniaga Online marah customer


    Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pernah memberi amaran kepada para peniaga online untuk meletakkan harga pada iklan perniagaan masing-masing atau berdepan dengan tindakan jika gagal berbuat demikian. Namun sehingga ke hari ini, masih ada peniaga yang berdegil untuk menyatakan harga barangan yang dijual. 


    Kedegilan segelintir peniaga online yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan pengguna terpaksa menghubungi mereka melalui aplikasi WhatsApp untuk bertanyakan harga. Malangnya, peniaga pula menyangka pelanggan terus bersetuju untuk membeli barang mereka sedangkan mereka hanya bertanya tentang harga. 

    Berang pelanggan tidak mahu membeli kerana harga di luar kemampuan, menyebabkan peniaga terbabit marah dan sehingga ada pelanggan dimaki hamun. 

    Menurut Bangdeham yang juga merupakan peniaga online BrandbundleMalaysia berkata, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana peniaga online sepatutnya menyatakan harga pada iklan mereka. 

    "Jadi seller online ini, kalau kamu tak letak harga di iklan, kemudian ada customer hantar mesej di WhatsApp untuk bertanya tentang harga. 

    "Kamu sebagai seller jangan terus menyangka customer itu terus setuju nak membeli. Ini kerana mungkin harga itu bukan dalam kemampuan atau bajet dia. Kemudian kamu pula nak marah-marah customer. 

    "Kalau nak survey harga je, jangan tanya!" 

    "Aikk? Adalah menjadi hak customer untuk mengetahui harga sebelum membuat keputusan sama ada mahu membeli atau tidak. 

    "Sebab itu saya selaku peniaga online lebih selesa terus menyatakan harga di iklan. Bila customer hantar mesej di WhatsApp terus setuju untuk beli. Simple saja kan? 


    "Kalau nak sorok harga itu, silakan. Tetapi jangan kamu marah pula pada customer yang bertanya tentang harga barangan yang dijual. Juga jangan lupa, dalam akta perniagaan kalau tak letak harga, peniaga boleh dikenakan hukuman," katanya. 

    Ada beberapa netizen juga tampil berkongsi pernah dimaki peniaga online, sedangkan mereka hanya bertanya tentang harga sahaja. 

    "Pernah nak beli kasut/serum di Facebook. Yang jual itu, perempuan. Tak ada detail tentang harga langsung pada iklan. 

    "Kemudian saya PM dia tanya tentang details apa semua. Bila dah tahu harga, tak jadilah beli. Dua hari selepas itu dia kata 'no awak dalam list no 13, please bank ini sebelum bla..bla..'. Saya kata saya cuma nak tahu harga saja, terus dia carut block apa semua," kata Arep. 


    from The Reporter http://ift.tt/2Dt74On
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment