Dalam kejadian jam 7 petang semalam di jalan dari Tebrau menuju ke Johor Jaya, pemandu Viva, Jia Min Camen, memandu di lorong kiri bersebelahan dengan lori berkenaan.
Keadaan jalan raya ketika itu sesak dan kenderaan bergerak perlahan.
Sebaik saja kereta di hadapan lori terbabit menukar laluan ke lorong kiri, pemandu lori menukar laluannya ke lorong kiri dengan laju tanpa menyedari kereta mangsa yang dipercayai berada di titik buta (blind spot)
Lori itu terus merempuh bahagian kanan kereta mangsa sebelum kenderaan itu berpusing di hadapan lori tersebut dan tersadai di lorong tengah.
Difahamkan mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan telah membuat laporan di balai berhubung kejadian itu.
Sementara itu, pemilik video berkenaan, William Yong, berkata, jika dia cuba memotong melepasi lori tersebut, pasti dia yang akan menjadi mangsa.
"Kalau saya potong lori itu, pasti saya yang terkena. Video ini mesti disebarkan dan perhatikan cara pemanduan pemandu lori berkenaan yang menyebabkan kemalangan," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2mQcT1P
via IFTTT
No comments:
Post a Comment