Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila melihat anaknya yang masih kecil terlantar sakit. Lagi menyedihkan apabila ibu dna bapa telah memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anaknya, tetapi ada pihak lain atau orang luar yang menyebabkan anaknya terkena penyakit yang tidak diduga.
Perkongsian dari Alya Atiqah di Facebook mengenai kejadian yang menimpa anaknya dan kepentingan menjaga pemakanan dan kebersihan ini menerima banyak perkongsian dari netizen. Orang luar sibuk mengata, "Eh, anak aku boleh saja suap ni, tak jadi apa-apa pun.". Lain orang, lain antibodinya, kita tidak boleh menyamakan anak orang lain sama dengan anak kita.
Semoga perkongsian dari Alya Atiqah ini membuka mata ramai ibu bapa di luar sana, utamakan kebersihan, jaga pemakanan anak-anak anda.
SETELAH beberapa hari anak saya menanggung kesakitan, baru kami dapat tahu segala-galanya. Semuanya salah saya yang tidak pandai menjaga Zahra.
Hari pertama kena, kami ingatkan biasa sahaja sebab dia pun memang biasa berak cair. Selepas dua hari, nampak dia okey. Tetapi hari ketiga lain jadinya dan dia kelihatan teruk. Lalu kami pun membawanya pergi ke klinik swasta (8/1/2018) dan beritahu doktor anak kami sakit, muntah dan berak-berak.
Doktor pun beritahu, "Awak tukar susu lain yang laktosfree (Isomil, Pediasure)". Kemudian doktor beri ubat cirit dan air garam.
Pulang dari klinik, kami terus mencari susu Isomil. Balik rumah terus bagi Zahra minum. Ya Allah, semakin teruk dia muntah dan cirit. Badan dia pula dah lemah.
9/1/2018 jam 3.45 pagi, kami bawa dia pergi ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Jam 6.15 pagi baru dapat giliran berjumpa dengan doktor. Doktor tak ambil darah, cuma doktor kata nak warded atau balik rumah cuba minum air garam dulu. Kalau Zahra okey, teruskan. Kalau sebaliknya, bawa ke hospital semula. Jangan bagi lebih dari 24 jam dia tak makan.
Sampai di rumah pada jam 8 pagi. Kami bagi Zahra minum susu, muntah. Bagi air garam pun muntah. Kemudian cirit tak habis-habis. Dalam jam 12 tengah hari, kami pun bawa Zahra pergi ke UIIM bahagian kecemasan.
Doktor panggil masuk dan ambil darah. Kemudian disuruh tunggu setengah jam dan akan dapat tahu keputusan ujian darahnya. Result okey, Alhamdulillah.
Semalam stay di sini, nak masuk air dan pantau keadaan Zahra. Tetapi keadaannya masih sama, cuma dia nampak kuat sikit. Cirit tetap ada, muntah sekali saja. Allahu.
Petang 11/1/2018, doktor beritahu Zahra sebenarnya menghidap Rotavirus. Doktor kata, "Puan, anak puan kena alih masuk dalam bilik. Anak puan kena rotavirus, jadi tak boleh bercampur dengan budak-budak lain."
Tercengang sekejap saya. Serius saya pun tak tahu apakah itu Rotavirus. Bila tanya suami, katanya rotavirus kebanyakannya berlaku pada kanak-kanak.
Selepas maghrib, doktor datang lagi dan bertanya, "Puan tahu kan kenapa puan masuk bilik ini? Okey puan, penyakit ini agak berbahaya kepada baby dan kanak-kanak. Penyakit ini memang mudah berjangkit. So puan awasilah anak, jangan bagi kanak-kanak yang lain duduk sekali. Kuman dia ini jahat," katanya.
"Biasanya apa punca boleh terjadi begini ye doktor?" soal saya.
"Ini salah satu punca dari pemakanan. Puan pergi makan di kedai ada suap-suap baby tak?" soal doktor.
"Hmm, mestilah ada doktor. Tetapi biasa saya bagi 2/3 butir nasi saja," jawab saya.
"Ye, itu pun tak boleh," tegas doktor.
Allahu. Inilah yang saya geram sangat, orang suka hati saja suap makanan pada budak. Biasa sangat kan kita-kita suap sesuka hati saja. Kemudian tangan kotor-kotor pegang anak sesuka hati saja. Sekarang ini kalau nak pegang Zahra kena basuh tangan, selepas pegang, basuh dan cuci tangan dengan sabun. Sampai tandas dia pun tak boleh kongsi buat masa sekarang.
Tolonglah ibu-ibu sekali, jagalah anak anda. Sanggup ke melihat dia terseksa dengan kerap membuang air besar 14-15 kali sehari dengan muntah 9-10 kali sehingga tidak dapat makan sebarang makanan langsung? Dia yang seksa, kita yang susah hati. Jagalah baik-baik nyawa kita.
Sumber: Alya Atiqah
from The Reporter http://ift.tt/2riIWfM
via IFTTT
No comments:
Post a Comment