loading...
  • Breaking News

    Sunday, February 4, 2018

    'Selagi tak bayar, tak halal sebungkus teh ais itu!' - Peniaga viralkan pelanggan lewat bayar, tetapi akhirnya memakan diri


    Viral di media sosial, luahan tidak puas hati seorang peniaga yang mendakwa seorang pelanggannya tidak membayar sebungkus air teh yang 'dibeli' darinya. 

    Luahan yang dimuat naik di sebuah group kenegerian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam peniaga terbabit yang dikatakan tiada sifat kesabaran sehingga sanggup memalukan pelanggannya. 

    Dalam kejadian 2 Februari itu, peniaga itu menegaskan dia bukan mahu menjatuhkan maruah wanita berkenaan. Tetapi dia juga mencari rezeki dan tidak dapat menerima alasan wanita itu yang tiada duit kecil untuk membayarnya. 

    "Maaflah, bukan nak menjatuhkan maruah seorang ibu. Kami pun cari makan juga. Tak payahlah kata tak ada duit kecil nak bayar. Benda yang dibeli itu hanya berapa saja.

    "Ingatlah, benda yang dibeli itu makanan. Jika dimakan, jadi darah daging. Kasihan pada anak-anak itu. 

    "Boleh pula dia kata sat (kejap) lagi mai bayar lain sebab tak ada duit kecil, nak pergi isi minyak motosikal dulu. Sat lagi nak mai bayar, tetapi sampai sekarang tak nampak batang hidung pun. 

    "Kasihan la anak-anak masih kecil, takkan nak bagi makan pun nak kena menipu? Minta tolong mai bayar saja. Selagi tak bayar, tak halal," tulis peniaga terbabit. 


    Bagaimanapun tampil seorang rakan kepada wanita yang menjadi mangsa viral peniaga terbabit, memberi penjelasan dan menuntut peniaga berkenaan memohon maaf di atas tindakannya yang terburu-buru itu. 

    "Saya kawan kepada wanita dalam gambar berkenaan. Kes air teh ais itu cuma lewat setengah jam sahaja. Tetapi dia sudah bayar.

    "Kepada tuan kedai, mohon minta maaf kepada kakak itu. Dia terlewat bayar sebab hantar anak pergi sekolah. Dia nak bayar pada awalnya tetapi tuan kedai tiada duit kecil. 

    "Kalau nak berniaga, biarlah ikhlas. Esok kita jumpa di kedai. Terima kasih kepada mereka yang bersimpati dengan kakak itu. Dia dah bayar duit itu," kata Hidayat Dayat. 


    Sementara itu di media sosial, netizen mengecam peniaga terbabit yang kurang sifat kesabaran sehingga memfitnah pelanggannya sendiri. 

    "Alahai, kes teh ais sebungkus saja pun. Lewat setengah jam saja bayar, akak itu tetap bayar walaupun lewat. Untung akak itu dapat pahala percuma.

    "Benda tak logik viral pun nak viral. Orang lain sampai berpuluh ringgit lewat bayar pun tak kecoh. Orang lain pun berniaga juga, tetapi ada juga sifat timbang rasa," kata Alang Siti. 

    "Ibarat kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Anggap saja sebagai sedekah. Hari ini kita rugi RM1.50, esok-esok kita untung berlipat kali ganda kak oi!" kata Adilla Paiman. 

    Mengetahui dirinya dikecam netizen,  peniaga terbabit dijangka akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelanggannya itu. Malangnya dia memilih untuk memberi respon berikut:

    "Ampa nak cakap apa, cakap la. Saya bercerita pasal hak saya!!" 



    from The Reporter http://ift.tt/2EaWNdf
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment