Meskipun kejadian berlaku 9 tahun yang lalu, namun keadaan bangunan kediaman itu masih sama dan tapak perkuburan itu masih setia di situ. Siapa sangka, bangunan usang dan berlumut yang seringkali dilalui itu rupa-rupanya mempunyai kisah-kisah yang tidak pernah diceritakan.
Awal kedatangannya melihat rumah sewa itu sudah terasa lain dan tidak selesa. Namun kerana terdesak, dia terpaksa juga bersetuju untuk tinggal di situ. Bermula dengan gangguan kecil, lama kelamaan 'benda' itu semakin berani dan mula mentertawakan dia.
Benar atau sebaliknya, hanya penduduk di Taman Langat Murni sahaja yang tahu.
2009, aku dapat tawaran kerja sebagai Customer Service Assistant di syarikat Malaysia Airlines. Aku dan batch mate yang lain menjalani latihan selama tiga bulan dan bulan keempat dah mula bekerja. Minggu kedua menjalani latihan, aku berkenalan dengan Asrul yang bukan batch mate aku. Dia memang staff MAS yang telah berkhidmat kira-kira dua tahun.
Asrul beritahu aku yang syif paling awal ialah jam 3 pagi. Aku pula duduk di Wangsa Maju. Jadi, kalau aku kerja jam 3 pagi, aku kena bangun seawal jam 12 pagi untuk bersiap pergi kerja. Aku mula berfikir tentang transport. Sekarang di tempoh latihan okey lagi sebab guna waktu pejabat. Nanti bila dah mula syif, macam mana nak pergi kerja? Mana ada tren jam 2 pagi? Nak naik bas pun leceh sebab kena pergi KL Sentral dulu. Jauh aku nak ke sana sini. Jadi Asrul beri cadangan supaya aku berpindah ke kawasan KLIA.
Hampir dua bulan aku mencari rumah sewa tetapi tiada yang kosong. Akhirnya, Asrul kata girlfriend kepada kawannya sedang mencari rakan serumah. Duduk berdua sahaja di apartment rendah. Aku waktu itu pula terdesak, jadi aku ikutkan saja.
Rumah yang aku bakal sewa ini di Taman Langat Murni, tetapi tidaklah semurni yang disangka. Kawasan perumahan ini, mak oii buruk sangat. Cat di bangunan dah berlumut, kiri kanan kelapa sawit, semak samun tinggi tebal dan paling 'best' rumah ini berdepan dengan kubur Islam.
Tetapi disebabkan berdekatan dengan KLIA, aku pertimbangkan juga untuk berpindah masuk ke rumah ini. Asrul bawa aku naik atas dan ketuk pintu bagi salam. Mata aku melilau kiri kanan melihat keadaan sekeliling. Blok itu ada empat tingkat dan di setiap tingkat itu ada dua rumah dan pintu rumah menghadap sesama sendiri. Disebabkan rumah itu di tingkat 2, jadi nombor rumah ialah 3A dan 3B.
Selepas Asrul memberi salam, aku seperti terdengar rumah 3B menjawab salam tetapi suaranya sayup-sayup seperti jauh dari dalam rumah. Aku pandang Asrul, nak tanya dia tersilap rumah ke? Tiba-tiba pintu rumah 3A terbuka dan disambut oleh Imran. Aku dah pelik, kenapa pula ada lelaki dalam rumah ini? Tetapi aku diam saja dan ikut Asrul masuk dalam rumah.
Masuk-masuk saja rumah itu, rasa tak best sebab bau kucing kuat sangat, masam! Aku suka kucing tetapi aku rasa macam tak sesuai bela kucing dalam rumah apartment sebab kalau tak dijaga dengan elok, memang berbaulah rumah.
Dalam hati aku, banyak benda aku komplen. Rumah ini macam suram, padahal langsir terbuka luas tetapi rumah masih nampak gelap. Dapur pula bersepah dengan pasir kucing berterabur di atas lantai. Atas meja pula penuh dengan baju, make-up, fail. Rak kasut ada, tetapi kasut bersepah di depan pintu masuk.
Dalam kesibukan mengutuk itu, datang seekor kucing menyendeng di kaki. Aku pun usaplah sikit. Kemudian Ika keluar dari bilik dan menyapa aku.
"Wah! Nasib baik you suka kucing! I risau sangat kalau housemate baru I tak suka kucing," katanya.
Ika meluru datang ke arah aku dan memeluk cium aku. Wow! Seksi gila minah ini. Ingatkan orang putih mana tadi dengan rambut perang dia, kulit pun putih gebu. Selamba saja pakai singlet ketat sampai nampak lurah, kemudian pakai seluar pendek paras paha. Aku rasa marah pun ada sebab dia berpakaian seperti itu di depan boyfriend aku. Terus aku pandang Asrul, nak tengok dia terliur tak dengan Ika. Tetapi Asrul masih rancak bersembang dengan Imran.
Ika tarik tangan aku dan suruh duduk di sebelah dia di sofa. Tetapi yang membuatkan aku geram, Ika duduk di sebelah Asrul. Confirm bergetar lutut Asrul. Aku perhatikan saja si Asrul, nak tengok dia ada tak curi-curi pandang Ika. Syabas! Dia langsung tak toleh.
Aku bersembang dengan Ika, aku tengok dia ini manis dan peramah orangnya, sama seperti Imran. Padahal baru pertama kali berjumpa dah layan aku seperti kawan lama.
"Comel kucing you ni. Hitam legam, mata kuning menyala. Comel," aku sekadar nak mulakan perbualan dengan Ika.
"Oh ya, ini nama dia Midnight. Jap ye, I panggilkan Fluffy dan Oreo untuk you," katanya.
What?? Dia ada tiga ekor kucing? Patutlah rumah berbau. Selepas bersembang dengan diorang, Imran pun bertanya, "So, macam mana Amy? Okey tak rumah ni?"
Aku serba salah nak cakap yang aku tak suka sebab takut diorang kecil hati tetapi aku pun terdesak. Asrul terus mencelah, "Kalau you okay, I transfer duit deposit pada Ika sekarang," katanya.
Wah! Ada orang nak sponsor! Aku terus angguklah. Bila dah capai kata sepakat, Asrul bawa aku pergi Banting untuk membeli perabot bilik aku sebab aku malas nak mengangkut barang dari Wangsa Maju. Lagipun Asrul nak sponsor, jadi aku iyakan sajalah kan, barang percuma babe!
Aku rasa penat sangat pada hari itu sebab selepas beli perabot, pergi Wangsa Maju kemas barang aku. Kemudian patah balik ke Langat Murni sebab orang yang hantar perabot dah sampai. Selepas selesai pasang katil, almari semua, patah balik ke Wangsa Maju untuk sambung mengemas barang. Sampai di Langat Murni dalam jam 10.00 malam.
Aku buka grill dan pintu. Sebelum melangkah masuk, aku beri salam dulu. Kemudian aku dengar ada orang menyahut salam aku tetapi suaranya seperti datang dari rumah 3B. Aku menoleh ke belakang, tengok dari bawah pintu rumah itu terang menyala, kemudian terdengar bunyi televisyen terpasang dari dalam rumah dia. Masa itu aku tak fikir apa-apa langsung, aku terus mengangkat barang-barang aku semua dan bawa masuk ke bilik.
Sebelum ke bilik, akan melalui depan bilik Ika. Bilik Ika ini bilik master. Aku pula duduk di bilik kedua dan tandas di luar. Tetapi di sebelah bilik aku saja. Kalau aku buka pintu bilik aku, depa tangan ke kanan dah boleh pulas tombol pintu tandas itu.
Semasa lalu di depan bilik Ika, aku tengok bilik dia terbuka sikit, muat kepala nak menjenguk ke dalam. Perangai Ika, kalau dia ada di rumah dia akan tutup pintu bilik dia. Tetapi kalau dia keluar, pintu bilik akan dibiarkan terbuka. Tak tahu kenapa, aku tak pernah tanya.
Aku letak barang-barang aku di atas karpet. Kemudian aku turun semula ke kereta untuk ambil barang lagi. Asrul menawarkan dirinya untuk membantu aku mengangkat barang, tetapi aku suruh dia berehat dalam kereta. Kasihan dia kepenatan menolong aku. Lagipun dia dah berhabis duit untuk aku, takkan nak susahkan dia lagi?
Masa aku keluar rumah, terhidu bau yang wangi iaitu bau seperti orang selepas mandi. Aku syak orang depan inilah baru keluar rumah agaknya. Selepas ambil barang semua, aku mula kemas apa yang patut. Rasa sunyi pula duduk seorang diri. Jadi aku pasang radio di Astro dan kuatkan bunyi sebab aku duduk dalam bilik, tak dengar sangat.
Sedang aku sibuk mengemas rumah, terdengar grill pintu digoncang. Mungkin Ika sudah balik agaknya. Tetapi bunyi itu hampir seminit. Eh, takkan dia tak reti buka grill? Aku pun bangunlah, ingat nak tolong bukakan pintu. Tetapi bunyi itu hilang. Aku masih tak fikir apa-apa, sambung mengemas semula.
Masuk ke bilik, aku tengok kucing-kucing Ika sedap baring di atas katil, baju aku, siap dah rasmi mencakar karpet aku! Tapi aku layankan saja. Selesai kemas semua barang hampir jam lima pagi. Masa dah habis kemas, baru rasa lenguh, lapar, nak kencing dan mengantuk apa semua. Tetapi aku pilih nak pergi ke tandas dulu.
Elok aku keluar bilik, baru aku perasan yang radio Astro sudah ditutup. Dari tadi dalam bilik sibuk mengemas, aku terlupa yang aku ada pasang radio. Terfikir juga bagaimana radio itu boleh terpadam sendiri? Mungkin ada auto timer agaknya.
Selesai membuang hajat, aku dengar grill bergoncang selang dengan bunyi kunci. Oh, Ika dah balik. Tersenyum-senyum dia menyapa aku. Katanya baru balik clubbing. Tiba-tiba Imran pun masuk, terkejut gila aku! Sudahlah aku pakai baju tidur saja pada masa itu. Aku terus menyorok sikit di sebalik dinding, tetapi Imran tak pandang aku langsung. Muka dia macam zombie dah.
Ika kata Imran nak tumpang tidur sebab dah tak larat nak memandu. Aku tak kata apa-apa, aku angguk saja. Ingatkan Imran tidur di ruang tamu, rupanya dalam bilik Ika. Ya Allah, apa benda ni? Aku cuak gila malam itu, takut gila kena tangkap basah ke apa. Tak pun Imran curi-curi masuk bilik aku ke.
Aku masuk bilik dan tertidur. Tetapi terjaga sebab aku dapat rasakan ada perubahan dalam bilik aku. Bilik aku ini menghadap laluan utama keluar masuk kawasan situ. Jadi ada lampu jalan dan cahaya lampu itu akan tembus masuk bilik aku. Tadi aku tutup lampu bilik, masih terang sikit sebab ada lampu luar itu. Tiba-tiba bilik aku gelap pun, kenapa? Seriously aku terjaga sebab aku memang dapat rasa sesuatu. Gelap sangat!
Aku kibar-kibarkan tangan pun tak nampak apa-apa. Aku dah cuak pada masa ini, terus bangun dari katil dan pergi duduk di sofa ruang tamu. Ruang tamu itu gelap juga tetapi ada cahaya dari dapur. Jadi aku pun buka lampu di ruang tamu. Masa ini ingat nak call Asrul tetapi phone dalam bilik pula. Memang taklah aku nak berpatah balik. Aku rasa mengantuk tetapi aku tak nak tutup mata sebab aku takut. Tapi entah macam mana aku tertidur juga.
Aku terjaga pada waktu tengah hari. Kemudian aku berlari masuk ke bilik sebab aku masih pakai baju tidur. Malu kalau Imran nampak keadaan aku begitu. Selepas itu aku bersiap-siap dan lepak di ruang tamu sementara menunggu Asrul datang menjemput.
Masa Ika keluar dari bilik, dia gelakkan aku sebab aku tidur terbongkang depan TV pagi tadi. Aku tanya mana dia tahu, dia kata pagi tadi masa Imran nak balik. Diorang nampak aku tidur di sofa dengan tv terpasang. What? TV terpasang? Mustahil! Sebab aku tak pasang pun TV. Tapi aku diam saja semasa Ika bercerita.
Selepas Asrul tiba, aku turun. Urmph, ada bau masakan. Mesti jiran 3B ini yang masak. Sedap sangat baunya sampai berkeriuk perut aku. Aku masuk dalam kereta dan terus cerita pada Asrul tentang Imran. Asrul pun buka cerita yang mereka bertiga dulu duduk serumah. Tetapi selepas kes Imran dan Ika kena tangkap basah dengan pihak AJK Surau (nasib baik Asrul tak ada), Imran dan Asrul berpindah keluar. Ika tak berani tinggal seorang diri dan sebab itu dia mencari orang menyewa dengannya.
Asrul dah kenal Ika dan Imran lama seorang diorang satu batch. Kiranya Ika dengan Imran ini BFF Asrul. Oh, patutlah dia tak terliur tengok Ika yang seksi maut itu sebab dah terbiasa tengok sampai kering air liurnya.
Asrul kata lagi, dia tak cadangkan aku untuk tinggal bersama Ika awal-awal dulu sebab dia tahu mesti aku rasa tak selesa. Tetapi disebabkan sudah terdesak, jadi dia pun terpaksa pindahkan aku ke rumah Ika. Okey, sekarnag aku dah tahu kenapa Asrul nak sponsor deposit rumah dan beli perabot, sebab nak ambil hati akulah kalau cerita seperti ini terungkit. Kalau aku marah pun mesti fikir dua tiga kali sebab dia dah bayar semua. Bijak Asrul.
Balik dari makan, aku masuk ke rumah. Seperti biasa sambil melangkah kaki kanan sambil memberi salam. Tetapi tiada orang menyahut, padahal Ika ada di depan aku dan dia senyum saja tanpa menyahut salam aku. Ika aku berborak sekejap, aku pun join lepak dengan dia di ruang tamu. Masa itu, dua ekor kucing dia saja yang ada. Lagi seekor entah ke mana.
Tengah kitorang khusyuk bersembang, terdengar bunyi kecoh-kecoh di bawah. Ika pergi intai dari tingkap dapur kemudian menjerit! Ika kata kucing dia Orea terjatuh, aku pun terkejut gila dan kitorang terus berlari turun ke bawah nak tengok keadaan Orea. Malangnya Orea dah mati, yelah jatuh dari tingkat dua yang tinggi. Masa ini Inram datang dan tolong tanam bangkai Oreo di tepi-tepi rumah. Mata Ika dah bengkak sebab menangis memanjang. Dia MC selama dua hari sebab dia rasa sedih sangat-sangat.
Selama seminggu itu, Ika langsung tak bercakap dengan aku. Dia mendiamkan diri dan duduk dalam bilik. Sampaikan aku pula yang kena uruskan dua ekor kucing dia, beri makan dan tukar pasir apa semua. Selepas tukar pasir, aku turun ke bawah nak buang sampah. Masa aku naik semula, pintu kayu rumah aku berkunci. Eh pelik! Tak aku tak kunci pun. Aku tutup saja. Eh macam mana ni? Okay, tak apa. Relaks, aku ketuk pintu dan panggil Ika.
"Assalamualaikum Ika," aku bagi salam salam mengetuk pintu. Masa ini aku dengar ada orang seperti mengomel diselangi dengan ketawa di sebalik pintu. Mula-mula perlahan saja, tetapi makin lama makin kuat pula. Aku keliru sangat pada waktu itu sebab suara itu kuat, tetapi tak jelas. Jadi aku pun tak pasti suara itu datang dari arah mana.
Akhir sekali aku dengar suara itu gelak, kemudian ada bunyi tepuk tangan tetapi sekali sahaja. PAP! Aku cuba pulas tombol pintu, eh boleh buka pula?! Serta merta suara-suara itu tadi hilang. Aku masuk ke rumah dan tengok Ika tak ada dan dia masih berada dalam bilik.
Malam itu, bermulalah episod aku diganggu bermula dengan ditindih.
Sepanjang aku tinggal di situ, aku selalu ditindih tak kira siang atau malam, pasti akan ditindih. Kekerapan aku ditndih itu boleh dikatakan selalu sehingga masa aku ditindih itu aku siap boleh cakap dalam hati, "Alamak kena tindih lagi."
Rasa takut dah hilang dari dalam diri. Cara aku tenangkan diri ialah fikirkan tentang bunga dan pantai. Dalam seminit dua, aku sedar kembali. Mak aku nasihatkan letak Yassin bawah bantal. Aku pun ikut nasihatnya tetapi tiada sebarang perubahan. Setakat kena tindih, bunyi guli atas rumah, kucing termenung tengok atas kepala aku, TV on off sendiri itu normal sangat. Tetapi kesabaran aku ada batasnya. Kejadian yang aku nak ceritakan ini adalah punca kenapa aku mengambil keputusan untuk keluar dari rumah ini.
Aku dan Ikan memang housemate tetapi kitorang tak rapat. Hanya berkomunikasi bila perlu. Kalau BBM pun jarang sangatlah dan hanya bercakap perkara-perkara yang penting sahaja. Aku dengan Ika berlainan department, jadi aku tak pernah kerja dengan Ika dan tak pernah bertembung dengan dia di tempat kerja.
Petang itu aku baru balik kerja. Ika cuti pada hari itu dan aku pula cuti pada keesokan harinya. Aku tengok pintu bilik Ika tertutup. Yes, adalah peneman aku untuk makan coklat yang Asrul belikan dari duty free. Kemudian aku ajak Ika tengok DVD yang baru aku beli. Jadi, aku masuk bilik dan mandi dulu, kemudian lepak depan TV tunggu Ika. Aku tak terfikir pun nak ketuk pintu bilik Ika, ajak dia lepak di ruang tamu sebab aku fikir dia tengah berehat.
Aku dengar bunyi Ika mandi, bunyi dia buka almari baju, dengar seperti dia menyanyi. Lama aku tunggu Ika. Tiba-tiba aku rasa nak buang hajat, aku pergi ke tandas sekejap. Elok aku keluar dari tandas, aku tengok pintu bilik Ika terbuka. Tapi Ika langsung tiada di rumah. Hm? Dia dah keluar ke? Tapi tak ada bunyi keluar rumah pun tadi?
Aku BBM Ika, "Baru ingat nak ajak you makan coklat. I tunggu you balik, pastu kita makan sama-sama, okey?"
"OMG babe. Penat gila kupas bawang dari semalam. So sweet you belikan I coklat. Okey, nanti I balik, kita makan coklat sama-sama." balas Ika.
Aku tak faham dia kata kopek bawang. Jadi aku tanya kopek bawang untuk apa?
"Oh, luas adik I kahwin. Jadi I kena tolong orang kampung rewang," balasnya.
Aku bingkas bangun dan keluar rumah wei! Menggeletar tangan dan lembik lutut aku. Jantung berdegup dengan laju. Kenapa? Sebab aku sangat pasti ada entiti jahat dalam rumah aku pada masa itu. Aku 100% yakin ada 'orang' dalam rumah aku. Aku betul-betul ingat Ika ada, tetapi Ika ada di kampung dan kampung dia di Pahang! Jadi siapa yang ada dalam rumah aku tu?
Masa aku keluar rumah, terdengar jiran aku mengamuk. Bunyi seperti dia membaling pinggan mangkuk, kerusi dan bunyi menangis teresak-esak. Aku tunggu Asrul di bawah rumah, lantaklah aku pakai kaftan pun biarlah. Asrul dalam perjalanan ke tempat kerja tadi terpaksa berpatah balik dan suruh aku hantar dia pergi KLIA. Dia minta aku duduk di rumah dia tetapi selepas peristiwa kena kacau, memang taklah aku nak duduk di rumah seorang diri. Tidak sama sekali!
Aku drive pergi ke McDonald's di Nilai. Aku lepak dalam kereta dan mula karang cerita dengan Ika. Aku beritahu dia yang aku nak pindah keluar sebab aku kena kacau teruk. Ika tak reply BBM, dia baca saja. Malam itu aku menumpang tidur di rumah kawan aku di kawasan itu juga dan keesokan paginya dalam waktu Subuh aku ambil Asrul balik kerja.
Tengah hari itu, aku minta Asrul temankan aku pergi ke rumah aku untuk ambil barang-barang. Asrul tunggu di depan rumah, jadi aku beranilah sikit dan kalau ada apa-apa terjadi aku jerit sajalah.
Aku kemas baju, make-up, barang mandian dan kasut kerja. Nasib baik hari ini aku cuti tetapi esok aku kerja balik. Serious letih sangat masa itu dengan tak cukup tidur, dengan hari pertama datang bulan. Masa tengah kemas-kemas barang, aku diserang senggugut, tetapi lagi sakit dari biasa. Perut aku sakit, pinggang aku lenguh, 'bawah' aku pun sakit. Sambil mengemas, di hujung-hujung mata aku perasan ada 'sesuatu' yang memerhati.
Semakin kuat perasaan aku yang ada 'benda' memerhatikan aku. Semakin kuat sakit aku. Sakit sangat sampai aku terbongkok-bongkok mengemas barang sebab pinggang aku lenguh sangat. Sebelum keluar, aku sempat top up makanan kucing, tukar air minum dan pasir diorang. Tapi tak sempat nak ucap selamat tinggal pada diorang. Tak tahu mana diorang pada masa itu dan aku pun tak kuasa nak main cari-cari. Nanti benda lain pula yang terjumpa, naya.
Sebelum keluar rumah, aku tengok rumah itu buat kali terakhir. Entah kenapa pemandangan rumah itu berubah. Suasananya sama seperti masa mula-mula masuk rumah dulu. Suram, busuk, bersepah. Padahal masa aku duduk di situ, rumah itu terang, bersih, wangi sebab Ika rajin beli Ambi Pur dan dia suka sembur perfume pada badan dia seperti sembur Shieldtox pada lipas.
Selepas aku perasan akan perubahan itu, aku cepat-cepat tutup pintu rumah apabila terdengar seperti ada bunyi dengusan yang kuat. Waktu itu itu Asrul duduk menunggu dalam kereta. Sampai hati dia, tadi janji nak tunggu di depan rumah. Berdesup aku turun tangga. Eh? Hilang pula rasa senggugut aku. Tadi buka nmain lembik, sekarang boleh lari siap usung beg lagi.
Selepas masuk kereta, aku BBM Ika yang aku dah ambil barang aku sikit. Aku minta maaf pada dia sebab keluar dengan cara tergesa-gesa. Aku beritahu dia cuti minggu depan aku akan datang ambil semua barangan aku. Asrul pula suruh Ika pulangkan deposit rumah, lagi sebulan kira burn sebab aku keluar begitu saja tanpa sebarang notis awal seperti yang telah dijanjikan.
Ika reply BBM, dia kata yang sebenarnya dia juga kena kacau sejak aku pindah masuk. Dia kena kacau lebih teruk! Setiap malam dia ditindih dan siap nampak benda yang menindihnya itu. Pakcik tua, tiga budak botak, patung beruang dia dan macam-macam. Imran pun pernah juga kena kacau sepanjang menumpang tidur di rumah kitorang. Imran pernah bermimpi yang dia bersetubuh dengan perempuan kurus tetapi berat berambut panjang. Masa dia terjaga dari mimpi, dia terasa senak di bahagian kemaluan. Kemudian dia rasa dia ternampak bayang-bayang perempuan dalam mimpi itu berdiri di depan Ika. Sejak dari malam itu, dia dah tak tidur di rumah kitorang lagi.
Ika pul cerita, setiap kali dia berada di rumah, dia dapat rasa ada benda yang memerhatikan dia. Barang-barang dia selelau dialih. Contohnya make-up dia tiba-tiba ada di dapur, kasut dia ada di bawah meja makan. Dia pun perasan kucing dia selalu termenung dan melompat tiba-tiba.
Pernah sekali, Midnight datang dan mencakar dia tanpa sebab. Ika selalu bermimpi rambutnya ditarik sehingga tercabut kulit kepala oleh perempuan memakai kebaya. Dalam mimpi juga, perempuan itu marah pada Ika. Selain rambutnya ditarik, perempuan itu juga mengetuk kepala Ika dengan menggunakan tukul besi dan kapal. Pernah sekali Ika terkurung dalam tandas biliknya, padahal selak tandas itu ada di dalam, mana ada selak di luar. Kenapa dia tak boleh nak buka pintu?
Ika juga kata ada terdengar bunyi orang di atas menumbuk lesung batu, bunyi guli, bunyi orang mengomel dan gelak ketawa. Ika syak Orea jatuh sebab terkejut dengan sesuatu sebab selama dua tahun Ika tinggal di situ, tak pernah kucing-kucing dia memanjat beranda. Ika sebenarnya pernah nak keluar dari rumah itu tetapi tak tahu macam mana nak beritahu aku sebab dia tengok aku relaks saja macam tak dikacau langsung.
Selepas kitorang bertukar cerita, aku tanya Ika, "Macam manalah jiran kita boleh stay sana lama-lama kan? Tabah betul."
"Jiran apa? You jangan buat kelakar Amy. Kita tak ada jiran. Blok tu kita saja yang duduk," balasnya.
Hah? Tak ada jiran?! Habis apa yang aku dengar bunyi orang memasak itu apa? Yang aku terhidu bau wangi setiap kali keluar masuk rumah itu siapa? Yang rajin mengemas dan mengalih perabot itu siapa? Masa Ika balas mesej itu, aku istigfar panjang. Masa ini baru nak ingat pada Tuhan. Selama duduk di sana tak pernah pun sembahyang. Padahal rumah tepi kubur, tak ada perasaan insaf langsung.
Minggu depan itu, Asrul yang tolong uruskan angkat barang-barang aku. Aku tak berani nak jejakkan kaki ke rumah itu lagi. Aku pindah ke Kota Warisan, dekat dengan rumah Asrul. Ika pula berpindah ke Desa Palma, duduk dengan Imran. Sejak dari itu aku tak pernah berhubung dengan Ika dan Imran. Cuma berhubung di Facebook sahaja, itu pun jarang-jarang.
Peristiwa itu berlaku 9 tahun yang lalu. Sekarang aku sudah tidak bekerja. Duduk di rumah menjaga anak kembar aku di Melaka, kampung suami. Ika pun sudah berkahwin dan ada empat orang anak, jadi suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dia pun sudah kembali ke pangkal jalan.
Kalau tengok keadaan dia sekarang, bagaikan tidak percaya yang dia housemate yang aku kenal dulu. Dia sekarang menetap di Bintulu, Sarawak. Ikut suaminya di sana yang bekerja sebagai askar. Jadi mereka selalu berpindah.
Imran? Lama sudah aku tidak mendengar cerita tentangnya. Aku tak pernah keep in touch pun dengan dia. Asrul sekarang dah jadi pramugara Air Asia, sudah berkahwin dan ada seorang anak.
Oh ya, sebulan selepas aku pindah keluar, Imran tanya Asrul ada tak aku terambil pakaian Ika? Aku kata tak pernah masuk bilik dia. Imran tanya lagi ada tak terambil kasut tinggi Ika? Aku jawab tak ada pula sebab aku tak minat kasut tinggi. Macam-macam soalan yang Imran tanya aku tetapi melalui Asrul.
Aku terasa pelik, kenapa bukan Ika yang bertanya pada aku sendiri? Sekarang baru aku teringat kenapa aku dah tak berhubung langsung dengan Ika selepas kitorang berpindah. Sebab inilah, sebab dia rasa dia tuduh aku curi barang-barang dia.
Soalan terakhir Imran setelah berhari-hari menyoal Asrul, ada tak aku ambil kamera DSLR Ika, aku kata tak ada dan tak pernah nampak pun kamera itu. Aku pun tak pernah tahu yang Ika ada DSLR. Imran tanya aku banyak kali seolah-olah mengesyaki aku yang ambil kamera Ika.
Bila difikirkan semula, mungkin kamera itu hilang sebab kamera itu terakam gambar yang tidak sepatutnya dirakam? Korang rasa? Mana perginya barang-barang Ika? Adakah orang rasa Ika buat cerita atau ada benda lain yang sorokkan barang-barang dia? Seperti yang aku ceritakan, barang-barang Ika selalu dialih.
Sumber: Amy (Fiskyen Shasha)
from The Reporter http://ift.tt/2oXdY8c
via IFTTT
No comments:
Post a Comment