loading...
  • Breaking News

    Tuesday, April 10, 2018

    'Aku cuba pejam mata untuk tidur, tetapi tangisan itu makin lama makin kuat keliling rumah'


    Salam admin.

    Kali ini aku nak ceritakan kisah seram yang jadi kat aku sendiri. Kejadian ini terjadi masa umur aku 9 tahun, lebih kurang. Kami sekeluarga balik kampung. Aku orang utara.

    Biasalah disebabkan aku duduk Kuala Lumpur dan jenis lasak gila, so bila budak macam aku balik kampung, memang melekat dengan geng sepupu melasak sama-sama walaupun kami ini perempuan.  Sepupu aku ramai since belah mak aku, adik beradik dia ada 10 orang. So sepupu aku yang semuanya perempuan satu batch, kami 3 orang lahir pada tahun yang sama. Kakak aku yang cuma setahun tua daripada aku pun menempellah sekali. Jadilah kami geng 4 orang.

    Bila balik kampung memang tak peduli dah mak ayah tidur mana sebab rumah sedara mara semua sekangkang kera dengan rumah sedara yang lain.

    Hari itu selepas kami merayau kat kampung tok aku, kami decide nak tidur rumah Mak Jang aku. Mak Jang ini kakak kepada mak aku. Hari itu Mak Jang aku dah beritahu ada kematian kat kampung tu. Tapi kami tak ambil pusing pun sebab sibuk bermain.

    Malam pun menjelang. Memadangkan adik aku dengan adik sepupu aku yang lelaki pun sibuk nak tidur sekali, Mak Jang aku pun decide siapa yang tidur lasak kena tidur kat tengah rumah tingkat atas. Siapa yang tidur sopan boleh tidur atas katil dalam bilik tingkat yang sama. Rumah Mak Jang aku ini rumah dua tingkat yang bahagian atasnya adalah kayu. Rumah dia adalah rumah pusaka tok kepada mak aku. Kiranya moyang aku lah, Aisyah Bee nama dia.

    Nak dijadikan cerita, aku ini tergolong dalam golongan tidur lasak termasuklah kakak, adik lelaki aku dan seorang lagi sepupu aku. Lagi dua orang sepupu aku tidur dalam bilik.

    Aku kena tidur atas tilam paling hujung dan memang kami ini akan tidur dalam kelambu putih yang besar kat kampung. Lampu semua dah tutup lalu kami pun tertidur macam biasa dek kerana keletihan banyak bermain pada siang tadi.

    Entah kenapa aku terjaga di tengah malam itu sebab aku dengar tangisan mendayu-dayu kat luar rumah berserta dengan balingan batu kat dinding bahagian luar rumah kayu Mak Jang aku. Paling celakanya adalah kakak dan adik aku dah conquer tempat tidur dan aku rupanya tidur atas lantai tikar getah terkeluar daripada tilam. Kepala aku kat bahagian kaki diorang. Cuma selamatnya diorang tak sepak aku terkeluar daripada kelambu saja.

    Berpeluh-peluh aku bila aku sedar yang tangisan mengongoi tadi itu tengah mengelilingi rumah Mak Jang aku macam orang tawaf. Banyak kali aku cuba pejam mata tetapi tak tertidur sebab tangisan itu makin lama makin kuat dan semakin dekat. Aku rasa masa berlalu dengan agak perlahan pada waktu itu.

    Doa al-fatihah ke ayat kursi ke semuanya tak ingat langsung. Yang aku tahu, hati aku berdebar-debar ketakutan dan aku harap sangat kakak aku ke adik ke sepupu aku pun terjaga sama. At least ada geng. Malangnya harapan tinggal harapan saja. Diorang tidur mati. Nasib baik aku dah kencing siap-siap sebelum tidur, kalau tak selamatlah melepas di situ dek kerana kuatnya berdebar hati aku waktu tu.

    Tangisan kuat yang tadinya mengelilingi rumah sekarang ini dah mengelilingi kelambu. Dia boleh tawaf pulak keliling kelambu. Aku yang tadinya terkebil-kebil terus cuba pejam mata kuat-kuat sambil berdoa janganlah dia selak kelambu. Kalau dia selak kelambu memang nahas aku sebab aku yang paling hujung dan kepala aku betul-betul kat hujung kelambu.

    Ada juga aku terbukak mata sebab letih. Cuba pejam rapat-rapat tapi tak berjaya. Aku cuma nampak bayang-bayang besar di luar kelambu tengah pusing keliling dalam samar-samar malam tu. Punyalah lama dia menangis mengongoi-ngongoi keliling kelambu, sampai aku langsung tak boleh tidur. 

    Syahdu habislah tangisan benda alah tu. Peluh jangan ceritalah, macam orang kencing tilam cuma bezanya aku terbaring atas lantai dek kerana kelasakkan kakak dan adik aku. Diorang 3 orang nyenyak tidur tak terjaga langsung. Memang double cilakak rasa nak sepak ja kaki masing-masing.

    Aku terpaksa menahan debaran sambil dengar benda alah tu menangis mengelilingi kelambu sampai subuh. Sedar-sedar lampu dapur Mak Jang aku dah menyala dan kemudian bunyi bilik air mungkin Mak Jang ambil wuduk. Selepas itu barulah tangisan itu senyap dan tiada lagi gangguan.

    Keesokannya aku cerita kejadian itu kepada sepupu-sepupu dan Mak Jang aku. Sepupu aku pula kata, Laa, kesian kat hang. Memang dia ada bela hantu raya pun. Dia nak cari tuan baru kot, itu sebab tuan dia dah mati. Itu yang teghiak (menangis) tu."

    Aku? Terbaiklah, memang aku takkan lupa sampai mati. Maka semakin penakut pianglah aku sampai ke tua. 

    Admin, nanti aku cerita pasal kakak aku yang hardcore pula.

     -Kinkasihaufa-

    Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com


    from The Reporter https://ift.tt/2uYnYo2
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment