Ramai orang tertanya-tanya bagaimanakah tanda-tanda sebuah hubungan suami isteri yang terkena sihir? Sebelum kita pergi lebih mendalam, lebih baik kita fahamkan maksud sihir itu sendiri terlebih dahulu.
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara drastik tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dengan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan syirik.
Antara tanda-tanda hubungan suami isteri menjadi kacau bilau akibat gangguan jin ataupun sihir:
1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan kelamin pun, sangat kurang nikmatnya.
2. Suami atau isteri berasa sangat rimas bila berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
3. Suami atau isteri yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
5. Mudah bertengkar walaupun disebabkan hal-hal yang kecil.
6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
7. Suami atau isteri yang tidur malamnya seringkali bermimpi mimpi yang buruk.
8. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ada kemungkinan suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.
DOA ELAK SIHIR TAFRIQ (PEMISAH SUAMI ISTERI)
Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelakkan sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumah tangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.
Sumber: @riszwel
from The Reporter https://ift.tt/2GXIE4j
via IFTTT
No comments:
Post a Comment