Dalam kejadian 30 April lalu, dua lelaki dan seorang wanita dirakam CCTV dilihat masuk ke dalam lif tersebut sebelum salah seorang lelaki itu mula kencing di penjuru pintu lif.
Melihat rakannya berbuat demikian, teman lelaki kepada wanita terbabit juga melakukan hal yang sama tanpa sebarang rasa bersalah.
Ketika kejadian, wanita itu cuba menutup lensa CCTV dengan tapak tangannya. Malangnya sudah terlambat kerana wajah mereka bertiga sudah dirakam CCTV.
Menurut laporan Knews, perkhidmatan lif itu telah dihentikan buat sementara untuk memeriksa tahap kerosakkannya. Dalam masa yang sama, salah seorang suspek juga telah ditahan.
from The Reporter https://ift.tt/2HV9mYJ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment