loading...
  • Breaking News

    Wednesday, September 5, 2018

    'Aku pernah tinggal serumah dengan housemate yang dah 2 tahun meninggal'


    Dua tahun tinggal bersama dengan rakan serumah, ini memang pengalaman yang luar biasa. Menurut perkongsian dari @madjam ini, si empunya cerita tidak mengesyaki sebarang perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dia hanya mengetahui selepas perkara itu selepas dimaklumkan oleh abang kepada arwah rakannya. 

    Pernah beberapa kali jiran-jiranya bertanya dia tinggal dengan siapa. Tidak kurang juga ada yang prihatin menasihatkannya untuk berpindah saja dari rumah itu, kerana bimbang dengan keselamatannya.

    APA nak hairan, aku pernah serumah dengan orang yang dah dua tahun meninggal dunia, yang hakikatnya aku tak tahu dia dah meninggal. 

    Bukan cerita dari aku, tetapi aku nak kongsikan sikit dari kisah benar. Aku terpaksa letak nama samaran untuk kawan aku itu sebab mahu menjaga aibnya.

    PART 1

    Peristiwa ini berlaku pada 2011. Tiga tahun lepas aku konvo pada 2008. Pada 2010, aku dapat tawaran kerja dengan sebuah bank di Kuala Lumpur (KL). Position aku pula, aku perlu banyak outstation. So sekaligus aku jarang berada di rumah. 

    Aku pun carilah rumah sewa di kawasan-kawasan yang dekat dengan office aku. Alhamdulillah aku dapat sebuah kondo walaupun sewanya agak mahal (dalam hati, berlagak nak duduk kondo). 

    Sepanjang satu tahun dari 2010-2011, aku naya tinggal seorang diri sebab lebih privasi dan lebih selamat. 

    PART 2

    Penghujung tahun 2011, masa aku sedang bercuti di kampung, aku dapat satu panggilan dari nombor yang aku tak kenal. Aku pun jawab. Borak punya borak, rupanya kawan lama aku masa di universiti walaupun lain bidang dan fakulti. 

    Firdaus namanya. Dia call aku sebab nak sewa rumah dengan aku sekali. Pada mulanya aku agak pelik, macam mana dia boleh tahu aku duduk seorang dan macam mana dia boleh tahu nombor aku. 

    Aku pun balik ke KL berjumpa dan berbincang dengan dia tentang sewa rumah walaupun aku sendiri macam blur-blur dan kenapa aku boleh setuju dia jadi housemate aku. 

    PART 3

    Bermulalah cerita aku duduk serumah dengan hantu a.k.a housemate aku hantu. 

    Awal 2012, Firdaus pun masuklah dalam rumah aku. Diguna bilik yang berdekatan dengan dapur walaupun ada dua lagi bilik kosong di depan. Bilik dia pilih itu agak kecil dari bilik-bilik yang lain. 

    Malam pertama, dia duduk dengan aku. Kami makan bersama-sama. Cuma masa solat saja aku tak perasan dia sebab memerap dalam bilik. Selepas itu sama-sama lepak tengok tv sambil aku ceritalah bidang kerja aku yang kerap outstation. Dia pun macam okey saja. 

    Dia cerita dia selalu busy dengan kerja, kadang-kadang balik lewat malam jam 1.2 pagi. Aku tak syak apa-apa sebab bagi aku, normallah kerja di KL balik jam 1-2 pagi. So habis di situ saja malam itu.

    PART 4

    Hampir enam bulan aku duduk serumah dengan dia dan dalam tempoh itu aku hanya berada di rumah dengan dia 2-3 minggu sahaja. Selebihnya banyak outstation. 

    Satu pagi itu, aku terserempak dengan jiran, bertanya khabar dan dia tanya aku. 

    Jiran: "Adam duduk seorang ke? Atau dengan kawan?"

    Aku: "Taklah bang, saya duduk dengan kawan. Kami berdua saja." 

    Jiran: "Yeke?" dia cepat-cepat nak blah dari aku. 

    Tetapi aku tak ambil port sangat pasal jiran aku itu yang berlalu macam itu saja. Masa terus berjalan dan tiba bulan puasa, si Firdaus kata dia kena balik kampung sepanjang bulan puasa. Dia dah apply cuti sampai raya. Okey sajalah, tak tanya lebih-lebih. 

    PART 5

    Habis puasa dan raya, dia pun balik dari kampung. Kebetulan aku tak banyak kerja bolehlah spend time dengan housemate. Al maklumlah mood rayakan satu bulan. 

    Pada satu malam kira-kira jam2 pagi, aku nampak dia di dapur sedang memasak. Aku pelik, kenapa dia masak tengah-tengah malam sebab baru saja balik makan dengan aku. 

    Itu tak apa lagi, aku masih buat tak tahu saja. Aku bersikap positif saja dan last-last berlalu macam itu saja. 

    Selang tidak beberapa lama selepas itu, dalam 3-4 hari selepas peristiwa masak itu, aku balik rumah lewat alam dalam jam 4 pagi. Masuk saja rumah aku dah meremang bulu roma. Rasa semacam saja dalam rumah itu. 

    Aku tergerak hati nak tengok bilik dia. Macam gelap saja? Aku ketuk-ketuklah pintu, dia bangun buka pintu dengan muka mengantuk. So, aku lega sebab ada kawan dalam rumah. 

    PART 6

    Esok pagi itu, aku tak masuk kerja. Masa buat breakfast, dia call aku cakap semalma dia tak balik rumah sebab balik kampung. Aku terus terdiam. Tiba-tiba saja aku rasa seram sejuk siang-siang hari celik. Aku dah terfikir, ini kali kedua aku kena usik. Aku masih positif lagi dan anggap itu tak ada apa-apa melainkan khayalan menjema. 

    Disebabkan aku ambil cuti 2-3 hari, aku terajinlah kemas rumah yang sudah berselerak macam tongkang pecah. Kemas punya kemas, aku macam pelik, kenapa depan pintu bilik dia banyak sarang labah-labah seperti pintu itu tak pernah dibuka. Sekali lagi aku hairan. 


    PART 7

    Aku baru balik dari Sabah selepas dua bulan berada di sana. Dalam keadaan yang penat dan letih sangat, masuk dalam rumah tengok dia sedang menonton cerita hantu pula. AKu yang dah penat sangat, terus masuk tidur dan terjaga semula pada jam 4 pagi. 

    Sayup-sayup dalam bilik aku dengar macam orang dok berborak di hall. Aku teruja nak tengok siapa yang datang malam-malam buta, aku ternampak Firdaus dok borak seorang diri, macam nak terkeluar jantung aku sebab aku dengar macam ramai orang dok borak dengan dia. 

    PART 8 

    Sepanjang tiga tahun aku duduk serumah dengan dia, jiran-jhiran aku yang baik hati selalu tegur aku supaya pindah rumah atau pagar rumah. Tetapi aku saja yang tak ambil kisah tentang hal itu sebab aku tak kena usik pun dengan hantu. 

    Tibalah pada satu malam itu dalam bulan puasa ketika aku berada di kampung. Dia call jemput datang makan kenduri di kampung dia pada raya ketujuh. Dia suruh aku jemput 2-3 orang kaawan datang ke kenderui rumah dia. Aku on saja dan tak tanya lebih-lebih tentang kenduri itu. 

    LAST PART

    Tibalah masanya aku denga kawan U gerak pergi ke Johor, kampung Firdaus tu. Selepas 3-4 jam perjalanan, sampailah ke rumah dia walaupun sesat juga sebelum jumpa rumah dan sepanjang sesat itulah aku on call dengan dia minta direction ke rumah dia.

    Sampai di rumah dah agak lewat petang, orang dah tak ramai. Family dia tanya cari siapa, aku jawab cari Firdaus. Abang Firdaus ini kenal aku, so dijemput aku makan dulu, nanti borak lain. 

    Selepas makan dah kenyang perut, abang dia jemput masuk dalam rumah dan bermulalah sesi soal jawab. 

    Abang dia: "Macam mana kau tahu ada kenduri arwah?"

    Aku: "Firdaus yang jemput, dia call masa bulan puasa hari itu."

    Abang dia: "Dah lama ke kau contact dia?"

    Aku: "Dah tiga tahun kami duduk serumah, sejak 2012 lagi."

    Abang dia: "Adam, kau tak tahu apa-apa ke? Ke kau tipu aku?" 

    Aku: "Taklah," dan aku sertakan bukti list contact dalam handphone aku. 

    Abang Firdaus terkedu dan terkejut bila tengok handphone aku ada mesej dan call dari Firdaus. 

    Last-last ayah dia datang tunjukkan surat kematiannya dua tahun lepas akibat denggi. Terlopong mulut aku, lemah habis kepala lutut. 

    Selepas itu, aku terus pindah rumah dan sampai sekarang aku masih terfikir, kenapa dia mencari aku? 

    Sumber: @madjam


    from The Reporter https://ift.tt/2M1lUPk
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment