loading...
  • Breaking News

    Sunday, September 2, 2018

    'Ingat karpet besar, sekali dapat karpet cinonet'


    Membeli barangan secara online, perlu dibaca spefisikasi dan maklumat barangan tersebut dengan terperinci kerana sudah banyak kali berlaku kes di mana pelanggan berasa kesal apabila menerima barangan yang di luar jangkaan. 

    Namun dalam kes terbaru ini, pelanggan mendakwa penjual langsung tidak menyatakan saiz barangan tersebut dan ditambah pula harganya sama seperti harga saiz karpet biasa. 

    OH Lazada. Selalu geli hati tengok kat news feed orang order dapat barang kecil dari expectations. Now turn I olls pula. Baru teringat ada order carpet untuk living room. Then malam tadi sambil buka bungkusan di kedai, sambil membebel dekat Rara. 



    "Ni mama beli carpet baru, Rara jangan tumpahkan susu tau bla.. bla.. bla.." 

    Sekali bila dibuka, hahaha halamak! Besar tikar Alakazam je. Hahaha! Apa lagi, sedaplah dak dalam gambar itu membahankan kita. 

    Gambar iklan memang selalu buat kita confuse. Then dia tulis situ 'large living room carpet'. Pandai diorang confusekan kita. 


    Hari itu langsung tak teringat nak check ukuran, terus add cart and checkout saja. hari ini bila check balik, tengok memang tak ada details measurement. Sebab tengok harga sama seperti harga carpet besar kot, RM150+, include shipping. 

    Sekali dapat, cinonet je. Paha Pak Rara nak landing pun tak lepas. Alaaa kasim, Lazada pun banyak scammer. So berhati-hatilah iolls membeli selepas ini. 

    I share sebab rasa lucu dan kelakar tengok perangai husband kita yang kuat membahan. Bukan pasal masalah carpet ini yang utama. 



    Selalu juga membeli barang dari Lazada dan ini pertama kali dapat begini. Alhamdulillah sebelum ini okey saja. Di bahagian details pun tak ada measurement. Plus price dia pun untuk harga carpet saiz standard. 

    Masa ini kita ada order banyak barang, lebih 20 item termasuk perabot. So, memang terlepas pandang carpet ini. 

    Kita manusia biasa kadang-kadang memang terlepas pandang. So, jangan serius sangat okey. Dah report dan submit refund form, tengah menunggu respond dari pihak Lazada. 



    from The Reporter https://ift.tt/2N7bnXt
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment