Menurut Shairne Omar, dua beradik itu dibiarkan bersendirian dalam kereta yang tidak dikunci pintunya, malah aircond dan enjin kenderaan masih dihidupkan, menyebabkan dia bimbang dengan keadaan dua beradik itu yang sudah mula menangis.
"Jangan disebabkan kecuaian kita, anak menjadi mangsa. Panas nak closing, panas lagi hati. Kenapalah pergi tinggalkan anak-anak dalam kereta. Walaupun aircond dan enjin dihidupkan, tetapi tingkap tertutup rapat.
"Yang baby dok menangis sampai merah muka, berpeluh-peluh! Yang kakak pun menangis dah panik kot tengok adik dia menangis. Takut sama mama ninja dok kelebek kat kereta dia.
"Mak dan ayah boleh dok pergi tinggalkan. Tak kira apa pun alasan, tak boleh dok tinggalkan anak-anak dalam kereta macam itu. Bahaya! Tahu tak bahaya?!" katanya.
Shairne Omar kemudian meminta suaminya memaklumkan kepada juruhebah yang bertugas meminta ibu kanak-kanak itu segera datang ke kenderaannya dan mengejutkan, pasangan suami isteri datang bersama untuk mendapatkan anak mereka.
"Ishh! Tak puas hati! Saya tunggu dalam situ tapi tak nampak pun kelibat mak ayah dia. Tak puas hati, buka pintu itu, ambil dan dukung baby itu. Pintu kereta tak dikunci. Lencun peluh!
"Pada awalnya saya bersangka baik, mungkin si ibu ada hal dan terpaksa tinggalkan anak sekejap. Sampai suami saya pergi habaq pada DJ bertugas, barulah kelibat mak ayah dia mai.
"Ya Allah, laki bini rupanya?! Si mak pula langsung tak cakap terima kasih. Mungkin segan la. Panasnya hati, Ya Allah. Tinggal sekejap ke lama ke, itu saya tak peduli! Sudahlah pintu tak dikunci, anak pula main stereng, baby menangis mendidih! Lagi mendidih hati ini," katanya.
Shairne Omar kesal dengan tindakan pasangan terbabit yang begitu berani mengambil risiko itu sehingga membahayakan nyawa dan keselamatan anak-anak mereka, serta menasihatkan ibu bapa di luar sana tidak melakukan tindakan seumpama itu.
"Maaf terpaksa letak gambar, harap mak dan ayah dia sedar dan tak buat lagi. Saya rasa bertanggungjawab, terbeban dan terganggu emosi selepas tengok kejadian tadi.
from The Reporter https://ift.tt/2ovnMXj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment