Seorang wanita Ukrain didakwa mengelar leher bayi perempuannya berusia tiga minggu kerana cemburu dan percaya suaminya lebih menyayangi bayi itu berbanding dirinya, lapor Daily Mail.
Wanita berusia 21 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu, membunuh mangsa ketika suaminya tiada di rumah, dalam kejadian di Rivne, Ukrain.
Sumber polis berkata, si ibu melakukan perbuatan itu ketika suaminya yang berusia 26 tahun itu keluar membuang sampah.
Sekembali dari membuang sampah, lelaki itu ternampak tangan isterinya penuh dengan darah lalu bergegas masuk ke dalam bilik untuk memeriksa keadaan anaknya dan ternampak anaknya berlumuran darah, tidak bernyawa.
Terkejut dengan kejadian itu, bapa mangsa terus menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan perubatan.
Ibu kepada lelaki terbabit, Maria Momot berkata, "Anak saya keluar beberapa minit dan isteri dia mengambil pisau dapur lalu mengelar leher bayinya."
Menurut Momot, menantunya cemburu kerana dia menyangka suaminya lebih menyayangi mangsa lebih dari dirinya.
"Saya dan anak lelaki saya sangat sayang pada si kecil ini dan kami menjaganya dengan sepenuh hati.
"Tetapi menantu saya cemburu dan menyangka suami dia lebih menyayangi anaknya berbanding dirinya.
"Baru pagi ini saya memandikan dia dan sekarang dia sudah tiada. Saya tak dapat menerima kejadian ini berlaku dalam keluarga kami." katanya.
Menurut anggota kecemasan yang tiba di tempat kejadian berkata, dia terdengar si ibu bertanya pada suaminya, "Kenapa awak menangis?"
Polis juga menemui pisau yang mempunyai kesan darah, yang digunakan oleh wanita itu untuk membunuh anaknya.
"Mangsa mati akibat kecederaan parah di lehernya. Si ibu tidak dapat menjelaskan kenapa dia berbuat demikian dan tidak ingat kenapa dia bertindak membunuh anaknya sendiri," kata polis.
Difahamkan, suspek mengalami meningoensefalitis (radang otak) pada November 2018 yang dipercayai telah menjejaskan mentalnya dan dia baru-baru ini juga menjalani rawatan pemulihan.
Suspek kemudian dibenarkan pulang pada 3 Mac lalu selepas melahirkan anak di mana doktor percaya dia sudah sihat.
Suspek ditahan reman dan akan menjalani ujian psikiatri. Sekiranya ujian itu menunjukkan si ibu bertanggungjawab terhadap kejadian itu, dia akan didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah.
from The Reporter https://ift.tt/2TWgv4j
via IFTTT
No comments:
Post a Comment