Terdahulu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pernah meluahkan rasa sedih sampai mengalir air matanya apabila membaca laporan berita berhubung mahasiswa-mahasiswi terpaksa berikat perut untuk makan.
Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan yang menjadi punca golongan berkenaan terpaksa mengikat perut dan berbeza dengan zaman pentadbirannya di mana golongan itu tidak berdepan dengan masalah seperti itu.
Semalam, Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan khas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi melaksanakan Food Bank Malaysia yang ditubuhkan oleh NGO dan swasta, yang menyasarkan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) termasuk di universiti awam.
Difahamkan, program Food Bank Malaysia telah dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya sejak 26 Februari dan 7 Mac lalu serta akan diperluaskan ke beberapa lagi universiti lain dalam masa terdekat.
KPDNHEP akan membekalkan bahan mentah kepada persatuan pelajar yang bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja memasak dan mengagihkan makanan. Sementara pihak universiti pula bertanggungjawab menyediakan kemudahan bagi tujuan penyediaan makanan termasuk keperluan memasak serta senarai pelajar dalam golongan B40.
Berhubung dakwaan Najib bahawa Kerajaan Pakatan Harapan yang menjadi punca golongan mahasiswa-mahasiswi berikat perut, tampil salah seorang ahli NGO berkenaan mendedahkan perkara sebenar yang mungkin tidak digemari oleh sesetengah pihak.
Menurut individu berkenaan, pada tahun 2016 pihaknya pernah membentangkan cadangan program Food Bank Malaysia tetapi Najib tidak begitu berminat dengannya, malah tiada pegawai kanannya yang menyusuli cadangan tersebut.
"Kenapa awak tidak menangis ketika kami membentangkan tentang Food Bank sebagai cara untuk membantu mereka yang kelaparan dan menyediakan makanan yang bernutrisi?
"So tak payalah nak drama sekarang," katanya.
Sumber: Adrian Lim Chee En, Najib Razak
BERITA BERKAITAN:
- Najib menangis dan salahkan kerajaan punca pelajar UM tiada duit untuk makan, tetapi dikecam netizen
from The Reporter https://ift.tt/2OhJ3A4
via IFTTT
No comments:
Post a Comment