loading...
  • Breaking News

    Monday, March 25, 2019

    (Video) Ibu bapa dakwa guru tahfiz cium bibir anak dan paksa mereka urut badannya


    Sekumpulan ibu bapa mendakwa guru di sebuah sekolah tahfiz telah mendera anak-anak mereka. 

    Dalam video dua minit yang viral di media sosial menunjukkan pihak ibu bapa berdepan dengan seorang guru di sekolah tersebut.




    Berdasarkan video itu, ibu bapa meluahkan rasa kesal mereka dengan insiden yang menimpa anak-anak di mana mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz dengan harapan yang tinggi, menangis setiap malam rindukan anak. 

    Kedatangan mereka bukan sekadar dakwaan kosong, tetapi berserta dengan bukti bergambar di mana ada kesan lebam dan berbirat di tubuh badan anak mereka yang dipercayai akibat dipukul. 

    Selain itu, netizen yang memuat naik video itu mendakwa pelajar dicium di bibir, disuruh mengurut dan dipukul jika tidak melakukannya dengan betul serta didera bagai. 

    Difahamkan, laporan polis juga telah dibuat dan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz terbabit, menyoal siasat anak masing-masing mengenai apa yang berlaku dan buat laporan polis sekiranya didera secara fizikal atau seksual. 

    "Anak lelaki saya memberitahu yang dia telah dirotan di tangan dan bahagian kepala dengan kuat, kena cubit di bawah ketiak kiri dan kanan, kena cubit di bahagian paha kiri dan kanan, kena sepak di belakang badan serta dimaki hamun dengan perkataan yang tidak senonoh. 

    "Anak saya juga disuruh untuk mengurut badan ustaz tersebut dan apabila anak saya tidak picit dengan kuat, anak saya telah ditampar dengan kuat. 

    "Anak saya menceritakan yang pelajar-pelajar di situ termasuk dirinya telah dipukul sejak dari bulan Disember 2018 sehingga sekarang," kata ibu mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada 17 Mac lalu. 


    Ibu bapa pelajar terbabit kini menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

    Sumber: Hilmi Adi Ruzaini


    from The Reporter https://ift.tt/2TXiDto
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment