Remuk hati seorang wanita apabila melihat cermin keretanya pecah dek perbuatan tidak bertanggungjawab penghuni rumah pangsa di kawasan kediamannya yang membuang sampah dari tingkat atas.
Menurut mangsa yang dikenali sebagai Yana, dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh penghuni di tingkat empat yang dihuni oleh warganegara Bangladesh.
"Hari ini cermin depan kereta saya pecah gara-gara ada penghuni buang barang dari tingkat atas.
"Saya tak boleh buat apa-apa sebab tak nampak siapa yang membuang barang itu. Namun saya mengesyaki penghuni di tingkat empat yang dihuni oleh warganegara Bangladesh kerana mereka selalu membuang barang ke bawah. Malah sudah ada yang pernah menjadi mangsa dek perbuatan tidak bertanggungjawab mereka," katanya.
Difahamkan, Yana sudah membuat aduan tetapi oleh kerana tiada bukti yang menunjukkan suspek berbuat demikian, pihak pengurusan bangunan kediamannya tidak dapat berbuat apa-apa.
"Sudah buat aduan kepada pihak pengurusan, tetapi tiada tindakan yang dapat diambil kerana ketiadaan bukti. Bagaimana saya nak mencari bukti?
"Perkara ini sudah kerap kali berlaku, tetapi pihak pengurusan enggan bertanggungjawab walaupun setiap bulan kita sudah buat bayaran wang maintenance," ujarnya.
from The Reporter https://ift.tt/2W8mnoo
via IFTTT
No comments:
Post a Comment