"Manusia tak kenang budi", demikian luahan kesal pemilik rumah terhadap bekas penyewa yang tergamak menganiayanya dengan menghancurkan rumah sewa miliknya itu.
Difahamkan, penyewa mula menyewa rumah itu pada tahun 2017 dan pemilik terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah mereka. Oleh kerana kasihan melihat keadaan mereka, maka pemilik rumah pun memberi muka.
"Diorang start sewa hujung tahun 2017. Sewa tiap-tiap bulan dua kali bayar. Tak apalah, bagi muka sebab dia kerja security guard saja. Tak push minta hutang atas dasar kasihan," katanya.
Tetapi kebaikan yang diberikan oleh pemilik pula dibalas dengan pengkhianatan.
"Tiga bulan dah tak bayar sewa. Selepas itu, rosakkan rumah sebelum keluar. Aku syak dia sewakan bilik-bilik ini pada orang lain sebab dalam bilik ada barang masak.
"Pintu bilik semua pecah. Tak tahulah apa yang diorang buat. Rumah kotor tak boleh nak cerita. Nasib baik tak ada ulat," katanya.
Bukan sahaja pintu rumah dirosakkan, malah bil elektrik dan air juga tidak dibayar berbulan-bulan sehingga menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dipotong.
"Ini (balasan) yang kami dapat. Bil air tertunggak RM700 lebih. Bil elektrik korang tengoklah sendiri pada gambar bil. Dah kena potong pun. Tunggakkan 12 bulan, RM600 lebih! Bil tak pernah dibayar selama setahun.
"Ini namanya, buat baik dibalas tahik. Penyewa nama Nizam dan Fatin. Budak-budak lagi, umur 23 camtu.
"Jaga-jagalah owner rumah apartment Damansara Damai. Diorang tengah mencari rumah lain pula tu," ujarnya.
from The Reporter https://ift.tt/2UMhH7h
via IFTTT
No comments:
Post a Comment