loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 21, 2019

    'Tiada panggung wayang, tapi kenapa Kelantan catat kes HIV paling tinggi?' - Soal wakil rakyat DAP, tapi disekolahkan oleh netizen


    19 Mac, Selasa, Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) meminta kerajaa negeri pimpinan PAS membenarkan panggung wayang dibuka dan beroperasi semula setelah hampir 30 tahun diarah tutup oleh kerajaan negeri. 

    Syahbuddin membuat permintaan itu kerana rakyat Kelantan yang mahu menonton filem, terpaksa pergi ke Terengganu yang mempunyai panggung wayang. 

    Kerajaan negeri katanya, boleh membuka panggung wayang yang berkonsepkan patuh syariah yang dikawal sepenuhnya. 

    Bagaimanapun, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, rakyat Kelantan tidak mempunyai masalah tidak mempunyai panggung wayang selepas hampir 30 tahun dan ada banyak sumber-sumber lain untuk menonton filem. 

    "...boleh jadi kita boleh kawal dalam pawagam tetapi ketika anak-anak keluar nak sampai ke situ (panggung) dan balik selepas jam 12 tengah malam. Ia akan mengundang banyak masalah gejala sosial. 

    "Pada tahun ini juga menteri besar letakkan salah satu fokus utama kerajaan negeri untuk kurangkan gejala sosial. 

    "Selepas berbincang secara panjang lebar, kerajaan memutuskan tidak mengadakan pawagam di seluruh Kelantan," katanya. 

    Mohd Syahbuddin (BN-Galas) akur dengan pendirian kerajaan negeri dan menjelaskan bahawa dia hanya sekadar menyuarakan pandangan. 

    Isu yang dibangkitkan itu menarik perhatian wakil rakyat DAP dari Perak yang membidas keputusan Kerajaan Negeri Kelantan. 

    ADUN Keranji, Chong Zhemin berkata, alasan mengelakkan masalah sosial adalah tidak logik dan tidak berasas sama sekali kerana Kerajaan Negeri Kelantan katanya tiada bukti kukuh yang mengatakan pembukaan panggung wayang akan menyebabkan peningkatan masalah sosial kerana panggung wayang adalah dibenarkan di seluruh Malaysia (keuali Kelantan). 

    "Kerajaan PAS juga harus jelaskan kenapa Kelantan catatkan kes HIV paling tinggi ketika panggung wayang diharamkan di negerinya," katanya. 

    Kenyataan Chong mengundang kemarahan netizen yang menganggap Chong tidak perlu masuk campur dalam perkara itu dan menjadi hak kerajaan negeri untuk memutuskan sama ada panggung wayang dibuka atau sebaliknya. 

    "Itu hal negeri pembangkang, kenapa nak menyibuk cara hidup orang Kelantan nak tengok wayang atau tidak? Jaga rumah masing-masing sudah," kata John Wu. 

    "ADUN DAP ini betul-betul tak ada otak. Yang menghidap penyakit HIV ini bukan dia cari sendiri. Tolong jangan hina orang yang menghidap penyakit yang akan menyebabkan kematian segera. Setiap hari fikiran mereka ini 'Hari ini mungkin hari terakhir'," kata Selvam. 

    Netizen juga turut menafikan dakwaan ADUN Keranji itu kononnya Kelantan mencatatkan paling banyak kes HIV. Sedangkan menurut Statistik Penghidap Penyakit HIV 2018, Kelantan hanya 10.3 peratus kes, berbanding Shah Alam, 15.7 peratus kes, diikuti Johor 15.6 kes HIV yang dicatatkan. 




    from The Reporter https://ift.tt/2FqhXUq
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment