loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 28, 2019

    'Dah langgar, tak nak bertanggungjawab pula' - Mangsa kesal pemilik kereta AHT5193 hilangkan diri


    "Kepada pemilik kenderaan Perodua Kenari hitam dengan nombor pendaftaran AHT5193, sila tampil serah diri di Cawangan Trafik berdekatan dalam tempoh 24 jam atau saya akan ambil tindakan undang-undang," demikian anak kepada pemilik kereta Honda City yang telah dilanggar oleh pemandu Kenari terbabit. 

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7:00 petang Selasa, pemandu Kenari terbabit telah melanggar bahagian kanan kereta mangsa di Lebuhraya Plus menuju arah utara sebelum simpang susur keluar Pedas Linggi. 

    Difahamkan, kedua-dua pemandu telah berbincang dan bersetuju untuk membuat laporan di Balai Polis Seremban. Namun, pemandu Kenari terbabit telah menghilangkan diri selepas kejadian itu. 

    Kereta itu juga dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu. 

    Mangsa juga cuba menghubungi pemandu terbabit yang dikenali sebagai Afiq, malangnya panggilan itu tidak dijawab malah telefon bimbitnya juga dimatikan. 

    Justeru, mangsa memohon bantuan orang awam yang mengenali pemilik Kenari itu tampil menghubungi pemilik Honda City, Ghuffar, di talian 0122868117 atau Ika di talian 011-21053677. 

    Tempoh 24 jam juga diberikan dan atau pemilik Kenari berdepan dengan tindakan undang-undang. 


    from The Reporter https://ift.tt/2TZJzZB
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment