Terdahulu, tragedi tembakan rambang pengganas di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand sehingga menyebabkan 50 jemaah maut, mengundang pelbagai reaksi dari serata dunia.
Lebih mengejutkan, pengganas terbabit menyiarkan serangan itu yang kelihatan seperti permainan popular PUBG, FORTNITE, Free Fire atau yang seangkatan dengannya, secara langsung di laman Facebook.
Maka timbul dakwaan sesetengah pihak bahawa permainan PUBG dan seumpamanya perlu diharamkan segera, selain didakwa menyemai keganasan pada golongan muda sehingga membawanya ke dunia realiti.
Dakwaan itu pula menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan 'gamers' dan menafikan sekeras-kerasnya tanggapan tidak berasas itu serta menegaskan permainan PUBG 'tidak bersalah' dalam hal ini. Malah mereka mempersoalkan, kenapa tidak mengharamkan aplikasi seperti Tik Tok, Bigo Live dan WeChat seumpamanya yang jelas merosakkan akhlak golongan muda.
Maka undian yang dibuat semalam yang disertai 6,100 netizen menunjukkan, 81 peratus bersetuju Tik Tok, Bigo dan WeChat diharamkan, berbanding PUBG, Fortnite dan Free Fire hanya mendapat 19 peratus undi.
Di ruang komen, penggemar permainan itu menjelaskan, mereka bermain permainan tersebut hanya untuk berseronok sahaja tetapi tidak terpengaruh sehingga berniat mahu menembak orang sesuka hati.
from The Reporter https://ift.tt/2Jurfml
via IFTTT
No comments:
Post a Comment