loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 21, 2019

    Wisma Putra sahkan Muhammad Haziq maut dalam serangan pengganas di Christchurch


    Wisma Putra hari ini mengesahkan rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, antara 50 mangsa yang maut dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu. 

    Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Wisma Putra pada pagi ini berkata, Muhammad Haziq adalah anak kepada Mohd Tarmizi Shuid, 46, yang juga cedera dalam tragedi berdarah itu. 

    Selain itu, dua lagi rakyat Malaysia yang turut cedera dalam kejadian itu adalah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad. 

    Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Haziq dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia akan memberi bantuan kepada keluarga mangsa untuk menguruskan proses pengebumiannya. 

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa juga akan pergi ke Christchurch sebagai wakil kepada kerajaan untuk memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden itu.



    from The Reporter https://ift.tt/2CuyWTL
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment