Seorang ahli jawatankuasa masjid di Sendayan, Seremban, cedera dibelasah lelaki yang tidak berpuas hati dua rakannya dikeluarkan dari group WhatsApp, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari Rabu, mangsa berusia 61 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka dan perut akibat diterajang suspek berusia 40-an.
Ketika kejadian, mangsa sedang menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum didatangi suspek yang berada dalam keadaan marah.
Suspek yang tidak berpuas hati bertanya mengapa dua rakannya dikeluarkan dari group WhatsApp.
Mangsa menjelaskan dia mengeluarkan nombor telefon dua rakannya itu kerana mereka kerap berkongsi mengenai kontroversi politik yang tidak berkeseduhan.
Berang dengan jawapan mangsa, suspek terus menumbuk muka dan menendang perutnya sebelum dileraikan beberapa jemaah yang menyaksikan kejadian itu.
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Mambau.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut telah diselesaikan secara baik di antara kedua-dua pihak.
Polis juga tidak akan membuka kertas siasatan kerana mereka sudah berdamai.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2uhQr57
via IFTTT
No comments:
Post a Comment