Tindakan dua lelaki ini membantu seorang gadis yang disamun oleh dua penjenayah, mendapat perhatian dari netizen yang rata-rata memuji keperihatinan mereka.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Nur Fatihah telah disamun dan ditinggalkan bersendirian berdekatan dengan sebuah hotel di Taman Impian Emas, Isnin lalu.
Dua individu dari NGO JB Brothers telah datang membantu mangsa dan menghubungi polis untuk datang ke tempat kejadian. Nur Fatihah kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Skudai untuk membuat laporan polis.
Di media sosial, netizen tidak putus-putus memuji kebaikan dua individu berkenaan yang sudi membantu mangsa.
Beginilah hidup bermasyarakat, saling bantu membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Semoga menjadi contoh dan tauladan kepada yang lain.
Sumber: JB Brothers
from The Reporter http://bit.ly/2ZhQLyc
via IFTTT
No comments:
Post a Comment