loading...
  • Breaking News

    Wednesday, June 12, 2019

    Bayi 7 bulan mati kelaparan selepas seminggu ditinggalkan ibu bapanya keluar berhibur dengan rakan-rakan


    Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat kebuluran selepas ditinggalkan bersendirian di rumah oleh ibu bapanya. 

    Lapor The Korea Times, Gyeon, 18, dan suaminya, Cho, 21, terdahulu bertengkar pada malam 23 Mei dan masing-masing keluar dari kediaman itu. 

    Bagaimanapun kedua-duanya tidak pulang ke rumah kerana masing-masing menyangka pasangan mereka akan pulang menjaga bayi perempuan itu. 

    Dua minggu sebelum kejadian itu, Gyeon ada memuat naik status di Facebook yang mendakwa Cho berlaku curang dan tidak tinggal bersama selama beberapa hari. 

    Malangnya, pasangan itu langsung tidak pulang ke rumah selama seminggu, malah mereka pergi bersosial dengan rakan masing-masing tanpa memikirkan keadaan mangsa yang ditinggalkan bersediri. 

    Gyeon memuat naik gambar dirinya minum arak setiap hari sejak 25 Mei hingga 31 Mei di akaun media sosial. 

    "Semalam minum dan hari ini pun minum. Saya benar-benar menikmatinya," tulis Gyeon pada kapsyen gambar. 

    Sementara itu, Cho pergi ke kafe siber untuk bermain games dengan rakannya dan hanya pulang ke rumah pada 31 Mei dan mendapati anaknya telah meninggal dunia. 

    Cho dan Gyeon cuba menyembunyi mayat mangsa dalam kotak, tetapi perbuatan mereka diketahui oleh bapa Cho yang menemui mangsa dalam kotak tersebut dengan kesan cakaran di kepala, tangan dan kaki yang dipercayai dicakar oleh anjing peliharaan pasangan terbabit sebelum membuat laporan polis pada 2 Jun lalu. 

    Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan pasangan terbabit yang didakwa menyebabkan kematian mangsa. 


    Kes tersebut masih dalam siasatan dan laporan bedah siasat mendapati tiada makanan dalam perut mangsa menjadi punca bayi itu meninggal dunia akibat kelaparan. 



    from The Reporter http://bit.ly/31tVcYv
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment