"Kalau dengar cakap sesiapa yang kata badan terkena minyak panas kena letak colgate, penampor je muka yang bagi cadangan itu. Ini hasil letak colgate," demikian kata netizen yang gambar tangannya melepuh teruk.
Menurut Dr Kamarul Ariffin, petua selepas meletakkan ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya pada anggota badan yang terkena lecuran boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk, malah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan.
Melecur pada kulit dibahagikan kepada tiga tahap iaitu:
- Tahap 1: Kulit kelihatan kemerah-merahan dan sakit.
- Tahap 2: Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
- Tahap 3: Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.
Rawatan kecemasan awal yang betul adalah:
- Jauhi diri atau mangsa daripada sumber berbahaya seperti api, pemanas, air panas, elektrik dan sebagainya, selain kekal tenang dan jangan panik.
- Tanggalkan semua barang kemas, jam, pakaian yang terbakar kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.
- Alirkan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk menghentikan lecuran daripada terus berlaku. Elakkan dari menggunakan air sejuk atau ais.
- Jiak terdapat gelembung pada kulit yang melecur, usah dipecahkan gelembung tersebut, sebaliknya hanya tutup dengan kain bersih.
- Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin
from The Reporter http://bit.ly/2Zk751n
via IFTTT
No comments:
Post a Comment