Seorang wanita di China dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana menyebabkan kematian anak lelakinya berusia 9 tahun.
Dalam kejadian yang berlaku pada Januari 2018 di Zhejiang, mansgsa terdahulu memberitahu ibunya yang dia kehilangan telefon bimbit ketika bermain di luar.
Menurut Asia One, selepas keluar mencari telefon bimbit itu, ibu mangsa berang selepas telefon bimbit itu gagal ditemui. Malah dia mendakwa mangsa menipu lalu menamparnya sebelum mereka pulang ke rumah.
Selepas itu, dia mendapati anaknya juga tidak menyiapkan kerja rumah membuatkan dia menjadi semakin berang lalu merotan anaknya selama 5 jam pada petang hari kejadian.
Tidak cukup dengan itu, dia mengikat tangan dan kaki mangsa dengan pita peletak serta menikam kaki mangsa dengan jarum.
Mangsa hanya diberi beberapa teguk air sepanjang didera ibunya. Selepas didera, si ibu mengangkat anaknya ke dalam bilik.
"Mama, saya tak nak jumpa awak lagi," kata mangsa.
Ibunya tidak mengendahkan kata-kata mangsa dan terus tidur di biliknya sendiri.
Keesokan paginya, si ibu terkejut apabila mendapati anaknya terbaring di lantai tak sedarkan diri. Dia cuba menyelamatkan anaknya, tetapi sudah terlambat. Pasukan perubatan yang datang ke tempat kejadian kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami hemorrhagic shock dan arteri tersekat di paru-paru.
Ketika dibicarakan, si ibu didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Sumber: Asia One, World of Buzz
from The Reporter http://bit.ly/2WzVY7N
via IFTTT
No comments:
Post a Comment